KUALA LUMPUR – Grab Malaysia memaklumkan syarikat tersebut telah menarik balik penggantungan perkhidmatan seorang penghantar makanan yang terlibat dalam satu insiden dengan dua warga Singapura di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini.
Grab Malaysia turut menyatakan penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap lelaki terbabit.
“Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami sedar tentang isu tersebut.
“Kami telah menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah dan siasatan telah dilakukan dengan sewajarnya,” kata syarikat itu dalam ruangan komen Facebook Grab Malaysia, hari ini.
Hari ini, netizen meluahkan kecaman terhadap Grab Malaysia setelah media melaporkan penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak RON95 menggunakan tong digantung perkhidmatan.
Mereka mengugut mahu memadamkan aplikasi syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu daripada telefon pintar masing-masing sekiranya dakwaan tersebut benar.
Sejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.
Menerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.
Pertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Iskandar Ariffin mengesahkan insiden tersebut dalam kenyataan media, semalam. – MalaysiaGazette
Penghantar makanan dakwa akaun kena gantung selepas tegur warga Singapura

















Manusia tak guna Otak memang macam tu, kenapa tak siasat dulu sebelum disekat. Kata ada bukti,Betul ke tidak, Asal ada orang komplen, orang repot, terus Gantung. 2 ORANG S’PORE TU MESTI KETAWA BESAR. SENANGNYA NAK KENAKAN ORANG KAT MALAYSIA. HAHAHA.. Kalau kat Singapore, Ada BERANI? kalau nk rasa tidur dalam lokap,cuba lah..
Jika rakyat Malaysia terus bersikap sayangkan bangsa dan tanah dalam apa juga situasi. Kedaulatan negara akan pasti terjaga. Tiada pihak yg akan berani menindas..kuasa rakyat ada mutlak..ini kita harus semua sedar. Sudah masanya perniagaan seumpamanya harus dibangunkan oleh syarikat dan rakyat Malaysia sendiri.. Hebat jiwa patriotik anak muda..mereka adalah pewaris negara. Anak mudalah yg akan merwarnai masa depan negara..syabas young Malaysian..
boikot je grab ni…syarikat Singapore…dah byk insiden org singapore hina org kita sama macam kes lawak hari tu…negara kecik nak besar kepala…
kita ada option lain macam food panda,dll..
Mengugut mahu cederakan seseorang adalah perbuatan jenayah. Harap Datuk Ayob dapat siasat segera!
Apa2 pun teruskan kempen boikot grab. Tiada apa2 yang kita rugi…
buat tindakan menfailkan saman makhamah tinggi negara ke ataih 2 warga Singapura kerana mencuri minyak subsidi, mencederakan rakyat Malaysia….ini tidak boleh dibiarkan lagi….
Warga Singapura ni mmg kebanyakannya kaki samun..tu negara maju bak kata Jocelyn Chua? Haaaaa…penyangak subsidi rakyat Malaysia…haramkan penyamun ni dari masuk Malaysia!