KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dan pelanggaran integriti dalam kalangan segelintir kakitangannya.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.
Dalam konteks ini, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara.
Tegasnya, jika terdapat pegawai imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan
berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, dalam satu kenyataan pada 29 Jun lalu, Ruslin berkata, JIM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menceroboh Balai Ketibaan KLIA tanpa pas keselamatan.
King Sing didakwa berbuat demikian untuk menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan Imigresen kerana gagal menunjukkan tiket penerbangan balik dan juga alamat penginapan di negara ini.
Bagaimanapun, menteri itu mendakwa pelancong berkenaan ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan.
Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah komunikasi.
“Dimaklumkan bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua pihak menggagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari pihaknya,” ujarnya sambil menambah, beliau mempunyai pas yang sah untuk memasuki kawasan ruang ketibaan.
King Sing menambah, kehadirannya bagaimanapun membongkar insiden yang memalukan apabila beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. – MalaysiaGazette

















Menteri2 pakatan hancing @ muka tembok masing2 besatu hati, mendiamkan diri dalam usaha menyelamatkan rakan mereka yang sudah terkantoi dalam kes jenayah ini? i.e melepaskan ‘pelancung’ asing yang masuk tanpa protokol yang sah? i.e tanpa return ticket?
Semakin menarik nampaknya skandal ni. Terimakasih kepada pegawai yang berjaya merakamkan sejarah penting ini.
Mudah Ketua Pengarah JIM dicucuk hidung supaya percaya bulat-bulat bila Menteri menceroboh melanggar Peraturan dan Undang-undang tetiba nampak RASUAH disitu. Jika PDRM jumpa pembunuh dan pembunuh itu kata “ada BABI yang sondol” hingga menyebabkan kematian… adakah PDRM “YAKIN PASRAH” seperti Ketua Pengarah JIM? jom tunggu Ketua Pengarah Jabatan mana lebih effective…. ada yang patut jual cendol tapi jadi pegawai.. inilah yang MEROSAKKAN…. macam ZAHID HAMIDI juga nak kumpul hasil..