Monday, September 7, 2026
Home Penulis Artikel Oleh admin

admin

7658 Artikel 0 Komen

Aibkan Muhyiddin di luar negara kerja orang cetek kematangan

Lebih menyedihkan ada juga yang memaki dan menghamun pemimpin atas pelbagai alasan, paling popular kononnya ia adalah tanggungjawab sebagai rakyat.

Antara RMT dan calon SPM

Peruntukan mana nak digunakan? Sehingga hari ini, kita semua tidak tahu apa kedudukan belanjawan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sama ada telah digunakan atau tidak? Hal ini disebabkan sekolah masih ditutup, tiada bantuan makanan dihantar kepada penerima RMT setakat ini. Bererti peruntukan RMT mungkin belum digunakan.

Tujuh kesalahan utama dalam perolehan awam – SPRM

Integriti pegawai yang terlibat perolehan sering kali teruji apabila individu tertentu yang mempunyai kedudukan dan kuasa mengeluarkan arahan-arahan yang jelas bertentangan dengan prosedur kewangan, kata Mohamad Tarmize.

Penyelesaian yang adil, menyeluruh untuk Palestin

Peluang perdamaian dan cabaran semasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 Disember 2020 lalu telah mengadakan seminar maklumat mengenai konflik Israel-Palestin, peluang perdamaian dan cabaran semasa. Acara yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk mengumpulkan wartawan, pakar media, kumpulan pemikir, diplomat dan ahli akademik dari Palestin, Israel, Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat dan bahagian lain di dunia untuk membincangkan isu-isu dan trend media yang berkaitan dengan konflik Israel - Palestin. Pengarah Simposium dan Ketua Setiausaha Jenderal Jabatan Komunikasi Global PBB, Melissa Fleming membacakan pesanan daripada Setiausaha Jeneral, Antonio Guterres yang menyatakan: “29 tahun yang lalu, acara tahunan ini dilahirkan untuk membantu meningkatkan keamanan dan persefahaman antara Israel dan Palestin. Sayangnya, kemungkinan mencapai perdamaian ini sekarang jauh lebih mencabar daripada sebelumnya." Tambahnya, beliau memahami rasa putus asa yang mendalam dalam kalangan rakyat Palestin dengan menyatakan bahawa impian satu generasi demi generasi telah luntur oleh konflik lebih setengah abad berikutan penjajahan yang berlaku. Setiausaha Agung PBB itu juga turut mengakui prihatin dan menzahirkan aspirasi rakyat Palestin untuk hidup dalam keamanan dan kedamaian. Melissa Fleming dengan tegasnya berkata, beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha yang merosakkan perdamaian dan menjauhkan kedua-dua pihak dari rundingan yang membina, mendesak para pemimpin Israel dan Palestin untuk meneruskan dialog yang bermakna serta menyambut semua inisiatif antarabangsa yang dapat membantu merealisasikan perdamaian yang adil dan menyeluruh antara kedua-dua bangsa tersebut. Solidariti, ketegasan dan media Perbincangan panel itu diadakan beberapa hari selepas perayaan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, yang bertepatan dengan penerimaan Resolusi Majlis Umum 181 yang membahagikan Palestin menjadi dua negara. Ketua Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-hak yang Tidak dapat Dielakkan daripada Rakyat Palestin, Sheikh Nian mengatakan bahawa inilah waktunya yang mana rakyat Palestin tidak hanya perlu menyatakan solidariti, tetapi juga memerlukan tindakan penegasan. "Setelah 73 tahun, hanya satu negara yang didirikan dan sebuah negara Palestin belum ditubuhkan," tegas Fleming. Menurut sejarah, sejak tahun 1967 lagi berjuta-juta rakyat Palestin hidup dalam kepungan di tanah air mereka sendiri atau sebagai pelarian tidak dapat kembali ke kediaman mereka semula. Selain itu, dalam beberapa tahun terakhir ini media telah mengarahkan konflik lain di wilayah tersebut dan memusatkan perhatian kepada beberapa aspek konflik iaitu mengenai perjuangan damai jutaan rakyat Palestin yang menginginkan kehidupan yang lebih baik. Jelas di sini, satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah adalah melalui penyelesaian damai konflik Palestin-Israel. Media juga berperanan penting dan besar dalam meningkatkan kesedaran, memberi maklumat yang tepat lagi jelas kepada orang ramai serta berperanan mendokumentasikan sejarah tersebut. Pandemik beri kesan mendalam Pandemik COVID-19 menimbulkan cabaran di wilayah Palestin yang dijajah. Penjajahan tersebut telah mengakibatnya berlakunya sekatan terutama ketika mengenakan tindakan penutupan di kawasan-kawasan di bawah kawalan Palestin dan Israel. Tahap kemiskinan telah meningkat dan dengan pembongkaran rumah terutamanya di Jerusalem yang diduduki, penderitaan rakyat Palestin di daerah-daerah itu semakin memburuk. “Gaza sudah mengalami sistem kesihatan yang kekurangan banyak sumber daya yang diperlukan. Kami menderita masalah kesihatan, kekurangan ubat-ubatan, dan masalah dengan kepakaran dan kakitangan perubatan,” kata Pegawai Sistem Kesihatan di pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Gaza Dr Khaled Abu Samaan. Dengan adanya wabak seperti Covid-19 ini, keadaan menjadi semakin parah dan masalah meningkat, sama ada dengan peningkatan permintaan terhadap sistem kesihatan khususnya disebabkan oleh peningkatan kemiskinan, dan pengangguran akibat daripada faktor pandemik dan ekonomi. Menurut laporan, pada akhir tahun lalu dianggarkan lebih 30,000 orang telah dijangkiti Covid-19 yang mana kira-kira 10,000 kes aktif, 364 kes memerlukan kemasukan ke hospital untuk rawatan, 229 kes daripadanya di bawah terapi oksigen berterusan atau serius dan kritikal, 47 kes di ventilator, kadar kematian adalah 0.7 peratus dan kadar kes positif adalah 14 peratus daripada jumlah ujian yang dilakukan di Gaza. Manakala yang terbaharu di Tebing Barat yang menjadi penempatan 2.8 juta rakyat Palestin setakat ini merekodkan lebih 108,000 kes positif Covid-19 termasuk 1,325 kematian. Seterusnya Gaza yang dibelenggu kemiskinan dan didiami dua juta penduduk pula mencatatkan lebih 51,000 kes positif termasuk 523 kematian. Atriza Umar Jabatan Penerangan dan Perhubungan Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kebajikan hidupan liar di jalan raya

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), sebanyak 2,055 ekor pelbagai spesies hidupan liar direkodkan mati dilanggar di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya sejak tahun 2015 hingga 2019.

Mana pergi kelestarian hutan?

Penduduk di Ipoh akan mengalami pencemaran air serta kualiti air yang tidak baik buat kesihatan mereka. 

Kita tahu, siapa orang sakit sebenarnya!

Untuk melakukan itu, Kian Ming dengan senang hati meninggalkan fakta-fakta kritikal untuk melukis gambaran malapetaka dan kesuraman serta menanam rasa gusar dalam kalangan rakyat Malaysia

Industri kreatif perlu kembali berkarya

Kementerian juga boleh menyarankan produksi menyediakan penempatan khas untuk para artis dan krew di sesebuah kediaman sepanjang penggambaran agar dapat dikawal pergerakan atau perhubungan dengan individu lain yang tidak ada kena mengena dengan krew produksi, kata Khairul.

OPINION: Memoirs of a former AG: Could the publication be prevented?

The following article is submitted to the Editorial of Malaysia Gazette by reader, Hafiz Hassan. The published memoirs of former Attorney General (AG), Tommy Thomas,...

Apa pilihan rakyat pada PRU15?

Kelemahan dan kegagalan kerajaan PN dalam mentadbir negara sekarang telah memberi kredit kepada Pakatan Harapan yang dilihat lebih mementingkan soal kehidupan rakyat. Walaupun parlimen tidak dapat untuk bersidang, Pakatan Harapan telah menggunakan media sosial bagi menyuarakan kesusahan dan keresahan rakyat dalam mendepani hidup pasca Covid-19.