Mohd Adzlan Mat Sidek
Keadaan Hutan Raub Akibat Diceroboh
Pemandangan udara pokok-pokok durian musang king yang telah ditebang akibat pencerobohan tanah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Raub, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2025.
Sultan Pahang Tinjau Hutan Raub
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan meninjau keadaan pokok durian Musang King yang ditebang akibat pencerobohan tanah di Raub, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2025.
Pengamal Perubatan Serah Memorandum di Pejabat Perdana Menteri
Lebih 200 doktor dan pengamal perubatan berkumpul bagi membantah pelaksanaan peraturan mewajibkan klinik swasta serta farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan dan menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Laman Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 MEI 2025.
PM, Ahli-Ahli Parlimen Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 05 MEI 2025.
LENSA MG | Simfoni Warna, Warisan dan Keajaiban Seni Bina #Jaipur
Penjaga pintu City Palace memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan mengekalkan tradisi diraja dengan berpakaian seragam tradisional lengkap dengan turban merah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jaipur, India. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2025.
JDT Julang Piala Malaysia 2025
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang piala selepas menewaskan Sri Pahang FC yang berkesudahan 2-1 pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2025.
Kota Merah Jambu | Menyingkap Rahsia di Jendela
Hawa Mahal atau lebih dikenali sebagai Istana Angin ini dibina pada tahun 1799 telah menjadi tempat ikonik dan tumpuan pelancong ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jaipur, India. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2025.
AirAsia tawar laluan ke Kota Merah Jambu
Hawa Mahal menjadi lambang keanggunan seni bina Rajputana yang tidak lapuk ditelan zaman. Istana lima tingkat itu dihiasi dengan 953 jendela kecil atau jharokhas yang direka khas untuk laluan angin sejuk berlegar masuk ke ruang dalamannya.
Pancaran Kilat di Ibu Kota Kuala Lumpur
Kilat memancar berlatar belakangkan menara berkembar KLCC berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bukit Tungku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 APRIL 2025.
Anwar Sampaikan Ucapan Penutup AFMGM Ke-12
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi menyampaikan ucapan penutup sempena Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2025.