Mohd Adzlan Mat Sidek
Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia PAU2024
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh hadir Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno 2024 di WTCKL. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2024.
Khaled Nordin Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Turkiye
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler memeriksa perbarisan semasa hadir lawatan kerja di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 OGOS 2024.
Keindahan Puncak Gua Hira
Laluan yang sempit dilalui para jemaah bagi menuju ke Gua Hira ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jabal Nur, Kota Makkah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2024.
Perjalanan Terakhir Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar
Van Jenazah yang membawa Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam untuk dikebumikan ketika di Hospital Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2024.
Ahli Keluarga Nidza Afham tiba di Jambatan Kota, Klang
Ahli keluarga kepada Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging semalam tiba di lokasi kejadian bagi meninjau tempat jumpanya dompet dan telefon bimbit. milik Nidza Afham ketika di Jambatan Kota, Majlis Bandaraya Diraja Klang. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2024.
Menara Jam ‘Abraj Al-Bait’
Menara Jam Makkah merupakan bangunan keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 607 meter dan mampu dilihat sejauh 13 kilometer yang menghiasi pemandangan menjadi mercu tanda di Masjidil Haram, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2024.
Jabal Rahmah Jadi Tumpuan Jemaah
Para jemaah menziarahi serta berdoa di atas Jabal Rahmah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Arafah, Mekah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2024.
Masjid Nabawi | Tempat Suci Di Kota Madinah
Suasana tenang matahari terbit pada waktu subuh menghiasi pemandangan para jemaah selepas selesai menunaikan ibadah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2024.
Jemaah Umrah Pesawat MH156 Tiba di Mekah
Antara jemaah umrah dari agensi Fa Izin Travel & Tours selamat tiba ke hotel di Mekkah selepas pesawat MAS MH156 ke Jeddah berpatah balik ke KLIA ekoran masalah teknikal yang dihadapi selepas hampir 2 jam berlepas di ruangan udara semalam ketika di Mekkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2024.
Bukit Istimewa Madinah ‘Jabal Uhud’
Jemaah mengunjungi Bukit Uhud ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lembah Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2024.