Mohd Adzlan Mat Sidek
Suasana Demonstrasi Baju Hitam di Kuala Lumpur #Lawan
Orang ramai yang memakai baju berwarna hitam hadir untuk menyertai himpunan #Lawan sebagai protes terhadap pentadbiran kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2021.
SPRM Reman Bekas Pengurus Perolehan Terlibat Kes Suapan
Bekas Ketua Perolehan sebuah syarikat kurier direman lima hari atas dakwaan terima suapan RM.050 setiap tan penghantaran beras ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2021.
Rosol Wahid Lancar PPV Sektor Peruncitan #KPDNHEP
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid hadir ke perasmian pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi sektor peruncitan ketika di Menara KK Maju Link, Bandar Tasik Selatan. Foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2021.
Mangsa Terakhir Berjaya Dikeluarkan Dari Runtuhan Struktur LRT3
Anggota Bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dalam runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2021.
Jenazah Mangsa Covid-19 Selamat Dikebumikan #DailyLife
Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 yang akan dikebumikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2021.
Tahanan Lokap Polis Turut Dinilai di CAC #Covid19
Antara tahanan lokap polis memakai gelang kuning selepas selesai melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2021.
Reaksi Wanita Berusia 101 Tahun Lengkap Dua Dos Vaksin
Reaksi seorang warga emas, Khoo Swee, 101 selepas menerima suntikan vaksin dos kedua ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 JULAI 2021.
Gunting Rambut Sendiri di Rumah #DailyLife
Penduduk, Azizol Marsalin, 38 terpaksa menggunting rambut anaknya Muhd Akram Azizol, 13 menggunakan gunting siang ikan ekoran kedai dandanan rambut masih tidak beroperasi pada fasa 1 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Klang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2021.
PDRM Serbu dan Tahan Individu Sertai Parti Liar di Kondominium #PKP
Antara 10 individu termasuk lima wanita tempatan yang menyewa bilik di sebuah residensi mewah di ibu negara diserbu dan ditahan pihak polis selepas terlibat dalam parti liar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.
Suasana Malam Taman Hock Ann Dikepung Dengan Kawat Duri #PKPD
Suasana malam di sekitar Taman Hock Ann yang dipasang kawat duri selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.

















