Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1580 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Semburan Nyamuk Aedes di Selangor #DailyLife

Petugas dari Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang membuat semburan kabus nyamuk Aedes yang menjadi punca kepada penyakit denggi di sebuah kawasan perumahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 14 JULAI 2021.

Individu Disyaki Positif Covid-19 Beratur Panjang di CAC Dewan Taman Sri...

Gelagat orang awam yang disyaki positif Covid-19 beratur panjang seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2021.

Pekebun Durian Dalam Tempoh Fasa 1 Kawalan Pergerakan

Pemilik kebun, Normaizan Abdul Hamid, 53 menghidu durian yang gugur untuk dijual kepada pelangan di sekitar kawasan dengan harga RM10 hingga ke RM15 mengikut gred ketika di Dusun Durian Batang Kali, Kuala Kubu, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 JULAI 2021.

Gelagat Penat Penghuni Buat ‘Swab Test’ di PKPD Taman Murni Sepang

Penduduk yang berada dalam kawasan perumahan Taman Murni menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2021.

Aktiviti Jual Beli Pekerja Asing Selepas Kilang Ditutup #PKPD

Warga asing yang melakukan aktiviti jual beli secara terbuka di sekitar perumahan dan asrama walaupun kawasan ini berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kilang sarung tangan di Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 07 JULAI 2021.

Wan Saiful Tinjau Pemberian Vaksin di Universiti UCSI

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat program vaksinasi COVID-19 ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti UCSI, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 07 JULAI 2021.

Keluar Masuk Pekerja Kilang di Meru #PKPD

Gelagat pekerja kilang yang pulang selepas selesai waktu bekerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan tempat tinggal pekerja kilang sarung tangan, Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2021.

Persediaan Keranda Ketika Musim Covid-19

Pembuat keranda, Shahrul Kamarulzaman, 44 sibuk menyiapkan keranda yang ditempah bagi proses pengkebumian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Batu Nisan, Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2021.

Majlis Perbandaran Klang Pantau Pematuhan SOP di Kawasan PKPD

Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan mukim Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar bandar Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2021.

PKPD – Bandar Klang Sunyi Sepi

Suasana sunyi dimana kebanyakan sektor perniagaan tidak dibenarkan beroperasi di sekitar mukim Klang yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar bandar Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2021.