Mohd Adzlan Mat Sidek
Sempadan Jalan Ditutup, Kampung Bukit Cherakah Jaya Mukim Bukit Raja Dikepung
Orang awam terpaksa berpatah semula berikutan penambahan penutupan jalan bagi Daerah Klang Utara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dipertketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Paip menghala ke Jalan Bukit Cerakah, Meru. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.
Polis Shah Alam Serbu Kilang Ingkar SOP PKPD
Anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melakukan pemeriksaan keatas pekerja kilang dalam satu operasi serbuan Op Patuh di sebuah kilang plastik yang dipercayai melanggar arahan MITI dan membuat pengistiharan palsu sebagai perkhidmatan perlu ketika di sekitar Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.
Polis Dang Wangi Serbu Tapak Pembinaan, Periksa Penginapan Pekerja Asing #SOP
Kontraktor melakukan kerja-kerja pembinaan semasa dalam satu operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sebuah tapak pembinaan di sekitar Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2021.
Hamzah Zainudin Serbu Kilang Tidak Patuh SOP #OpPatuh
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir dalam satu serbuan operasi Op Patuh oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di sebuah kilang besi di sekitar Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2021.
Suasana Hari Pertama PKPD Mentari Court #ATM #PDRM
Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga pintu laluan masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 1 Julai hingga 14 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Block Mentari Court, Sungai Way. Foto MOHD ADZLAN, 01 JULAI 2021.
CLQ Johan Setia Dikepung Dengan Kawat Berduri #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri bagi mengawal laluan keluar masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 30 Jun hingga 13 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di CLQ Johan Setia, Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 JUN 2021.
Azmin Ali Lawat Pekerja Kilang Disuntik Vaksin Covid-19
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melihat pekerja sektor pembuatan menerima vaksin semasa hadir membuat lawatan ke tapak pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2021.
Aktiviti Penduduk Jalan Kubur Ketika PKPD
Suasana penduduk semasa berada di persekitaran rumah yang telah dipasang kawat berduri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 JUN 2021.
Geng Apoi dan Penganjur Judi Bola Sepak Tumpas
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan menunjukkan barang kes yang di rampas mengenai kejayaan tangkapan kes Geng Apoi yang menyamun premis 24jam ketika di sidang media di Ibu Pejabat Daerah Serdang. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.
Sempena Hari Pelaut Sedunia 2021, Petugas Sektor Laut Diraikan Suntikan Vaksin
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin melihat orang awam yang mengambil suntikan vaksin semasa mengadakan sesi lawatan tapak ke PPV Sektor Pengangkutan (Maritim) Pelabuhan Klang sempena Hari Pelaut Sedunia 2021 ketika di Dewan Serbaguna Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

















