Mohd Adzlan Mat Sidek
Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan Terima 2,500 Unit Bakul Makanan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melihat 2,500 unit bakul makanan yang akan disumbangkan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ketika di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 24 JUN 2021.
Ribuan Ikan Air Tawar Mati di Sungai Damansara
Ribuan ikan air tawar pelbagai jenis didapati mati dan terdampar di tepi sungai dipercayai akibat pencemaran air di Sungai Damansara, berdekatan Kolej Universiti MSU, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2021.
SPRM Reman Eksekutif Pasar Raya Disyaki Rasuah
Seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka akan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bagi kerja-kerja pembersihan ketika hadir di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2021.
PPV Mega Stadium Nasional Bukit Jalil Mula Beroperasi Hari Ini
Suasana tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada hari pertama beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 JUN 2021.
Pesara Tentera dan Keluarga Terima Sumbangan Dari JHEV ATM
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Komandor Azman Bin Yusoh menyampaikan sumbangan bantuan keperluan makanan kepada pesara tentera, Suria Mohamad Hassan yang sebelum ini tinggal di bawah jambatan Jalan Loke Yew dan telah dipindahkan ke Flat Sri Johor, Jalan Jelawat, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 20 JUN 2021.
Penghormatan Terakhir Mayat Pesakit Covid-19
Petugas Kesihatan membawa mayat pesakit Covid-19 untuk urusan pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bliss Gardens, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2021.
21 Tahun Menagih Janji
Keluarga Roslan Mohamed, 59 (kiri) bergambar dihadapan rumah pondoknya yang telah didudukinya selama 11 tahun di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Dulu Kru Kabin, Kini Sukarelawan Program Vaksinasi
Petugas sukarelawan QueueMed yang merupakan anggota kru kabin pesawat penerbangan dalam negara, Rafyzatulniza Wakiman, 39, (kiri) Yap Kah Ming, 27, (tengah) dan Roshilawati Ramlan 32, (kanan) menunjukkan gambar mereka berpakaian rasmi menjadi kru kabin semasa bertugas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2021.
PdPR – Kesungguhan Anak Orang Asli Suku Temuan
Kanak-kanak orang asli suku Temuan mengulang kaji pelajaran di hadapan rumahnya dengan mengambil kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Bandaraya, Seksyen 8, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2021.
Suasana Pusat Pemberian Vaksin di Kuala Selangor #Covid19
Warga emas yang selesai mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ketika di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2021.

















