Mohd Adzlan Mat Sidek
Tiga Suspek Bunuh dan Bakar Disambung Reman 6 Hari
Salah seorang dari tiga suspek kes bunuh dan bakar lelaki yang ditemui rentung dalam kenderaan Toyota Harrier dibawa oleh anggota Polis untuk di sambung reman ketika di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2020.
Rakyat Tonton Perutusan Khas PM
Orang awam menonton Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai situasi semasa Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 31 OKTOBER 2020.
Daily Life – Riadah Petang Di Musim PKPB
Orang ramai yang mengambil masa untuk beriadah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Setia Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 30 OKTOBER 2020.
Anwar Ibrahim Serta Pemimpin Pakatan Harapan Selesai Bermesyuarat
Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2020.
Pemimpin Pakatan Harapan Tiba Bermesyuarat
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo hadir ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ketika di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2020.
Daily Life – Jom Baca
Penghantar makanan Foodpanda, Norhaizan yusof meluangkan masa dengan membaca buku di kios yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC2020) bermula 23 April sehingga 23 April 2021 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2020.
Gelagat Pemandu Teksi Berjam-jam Tunggu Penumpang #PKPB
Gelagat pemandu teksi ketika menunggu penumpang yang semakin berkurangan semenjak perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka semasa tinjuan lensa Malaysia Gazette di Kompleks PKNS, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 28 OKTOBER 2020.
Dua Pegawai Kanan ATM Dituduh Rasuah Di Mahkamah Shah Alam
Salah seorang daripada dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel, Che Ahmad Idris ketika hadir bagi pendakwaan atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung beberapa projek membabitkan kementerian di Mahkamah Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 28 OKTOBER 2020.
Little India Brickfields Sepi Tanpa Pelanggan #Deepavali #PKPB
Premis kedai menjual persiapan perayaan Deepavali lengang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Little India, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2020.
Pasangan Suami Isteri Selesa Kerja Dari Rumah “WorkFromHome”
Penaung Actualised Ideas Sdn Bhd, Amir Chua Yu Jeen, 42 tekun melakukan kerja dari rumah sambil ditemani isterinya Dr Nasrin Rabiei, 37 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak perlu ke pejabat sebaliknya hanya bekerja dari rumah mulai 22 Oktober ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Plaza Damas, Mont Kiara, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2020.