Mohd Adzlan Mat Sidek
Ramah Mesra Calon PN Bersama Rakyat Pulau Sebatik #PRNSabah
Calon Perikatan Nasional DUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho beramah mesra bersama penduduk kampung ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Sungai Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2020.
Premis Bandar Tawau Tutup Awal Akibat Covid-19
Kelihatan pekerja premis makanan mula mengemas untuk menutup kedai selepas Majlis Perbandaran Tawau mengeluarkan notis perubahan dan menghadkan masa operasi kedai makan serta restoran bermula 6 pagi hingga 6 petang berkuatkuasa pada 21 September bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Sekitar Bandar Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2020.
Bung Moktar, Calon BN Ramah Mesra Bersama Penduduk
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Bung Moktar Radin bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.64 Sulabayan, Abdul Manan Indanan brgambar bersama penyokong selepas hadir ke program ramah mesra Pengerusi BN Sabah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2020.
Wanita UMNO Semangat Berkempen #PRNSabah
Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.70 Kukusan, Chaya Sulaiman beramah mesra bersama penduduk kampung ketika hadir ke sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Tator, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
Calon BN, PN Kempen Raih Undi di Kampung Ku Sing
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan beramah mesra bersama penduduk ketika hadir ke program bersama pengundi cina sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampun Ku Sing, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
Kampung Selamat Lengang Akibat Penularan Covid-19
Penduduk melintasi jambatan atas air dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
Daily Life – Bendera Parti Cinta Sabah #PRNSabah
Penduduk sedang melihat seorang penunggang motosikal melintasi deretan bendera Parti Cinta Sabah (PCS) sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2020.
Calon Wanita Warisan Ramah Mesra Bersama Pengundi
Calon Warisan DUN Kunak, Norazlina Arif beramah mesra bersama pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 di Kampung Kunak tiga, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2020.
Jentera Parti Warisan Sabah Bersiap Sedia Pasang Bendera #PRNSabah
Jentera parti Warisan Sabah sedang sibuk melakukan kerja-kerja persiapan untuk pemasangan bendera di sekitar kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Kampung Kunak tiga, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2020.
Bendera Parti Berkibar di Rumah Terapung #PRNSabah
Seorang penduduk berjalan melintasi bendera parti Warisan Sabah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Kunak Jaya, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2020.