Mohd Adzlan Mat Sidek
Menjiwai Hari Nuzul Quran Pelatih Madrasah Darul Solihin dan DARWA
Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri bersedia sebelum membaca ayat suci Al-Quran sempena Hari Nuzul Quran untuk mendapat keberkatan pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2021.
Terawih Penghuni Madrasah Darul Solihin Al Qadiri
Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri menunaikan solat tarawih pada bulan ramadan selepas selesai membaca ayat suci Al-Quran sempena Hari Nuzul Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2021.
Lawatan Mengejut Menteri Kanan Keselamatan Pematuhan SOP Bazar Aidilfitri
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat lawatan mengejut ke Bazar Aidilfitri Lorong TAR untuk memantau SOP yang ditetapkan oleh DBKL kepada orang awam yang datang membeli belah dikawasan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.
Ramadan – Buka Puasa di Kuala Lumpur
Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan di Bukit Tunku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.
Menteri Wilayah Persekutuan Santuni Anak-Anak Yatim dan Golongan Memerlukan
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Program Prihatin Ramadan di Jakel Mall, Kuala Lumpur. oto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.
Tubuh Badan Warga Emas Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID19 #PICK
Warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2021.
Timbalan Ketua Polis Negara Bongkar Makmal Proses Dadah Pasaran Tempatan dan...
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menunjukkan perkakas dan makmal haram bagi tujuan memproses dadah jenis ketamin dalam satu kejayaan pihak polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2021.
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Selesai Bermesyuarat
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2021.
KPDNHEP Pantau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Pasar Shah Alam
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam memeriksa harga barang basah ketika pemeriksaan skim harga maksimum musim perayaan di Pasar Awam Moden, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2021.
Suspek Pukul dan Ugut Bunuh Bodyguard Kerana Berpuasa Didakwa di Mahkamah
Suspek utama dan pembantunya dibawa pegawai polis ke Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes pukul dan mengacukan pistol ke arah dua pengawal peribadi kerana berpuasa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 APRIL 2021.

















