Tuesday, May 6, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1373 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Bendera BN Di Tawau #PRNSabah

Bendera Barisan Nasional yang di pasang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PPR Balung, DUN Balung, Tawau. foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2020.

Pengerusi BN Ramah Mesra Bersama Pengundi

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Seri Annuar Musa dan Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.67 Balung, Hamild @ Hamid Awang bergambar beramai-ramai bersama penyokong selepas Program Ramah Mesra Presiden UMNO bersama-sama pengundi-pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PPR Balung, DUN Balung, Tawau. foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2020.

Zahid Hamidi Hadir Kempen Undi Calon BN DUN Tanjung Batu

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama penyokong ketika hadir ke perjumpaan Pengerusi BN bersama pengundi di Kalabakan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PDM Keramat, Kampung Pukat, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2020.

Jentera Warisan Mula Pacak Bendera

Jentera parti Warisan Sabah sedang sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan bendera sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di jalan bulatan Bomba, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2020.

Najib Razak Mula Berkempen PRN Sabah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan), Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy (empat dari kiri) dan Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.70 Kukusan, Chaya Sulaiman (tiga dari kiri) bersorak bersama penyokong selepas hadir ke ceramah Pilihan Raya 'Bossku' bersama jentera BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Command Center BN Kalabakan, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

Walkabout Hari Pertama Shafie Apdal Naik Bot Jumpa Pengundi

Calon Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika hadir ke sesi walkabout bersama pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah DUN Senallang N.65 di Kampung Balimbang, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

Shafie Apdal Bertanding di DUN N.65 Senallang #PRNSabah

Calon Warisan DUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua dari kanan) bergambar bersama calon Bersatu, Norazman Utoh Nain (tengah), calon USNO, Mohammad Ramzan Abdul Wahab (dua dari kiri), Parti Cinta Sabah (PCS), Madjalis Lais (kiri) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Datuk Pengeran Ahmad Datuk Ali Alam (kanan) selepas menghantar borang pencalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah DUN Sulabayan N.64, Senallang N.65 dan Bugaya N.66 di Dewan Masyarakat Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur Baharu

Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Saiful Azly Kamaruddin (kanan) menerima tongkat kuasa Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur daripada Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (kiri) disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi Perkep di IPK Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2020.

Daily Life – Air

Sebahagian penduduk mengambil bekalan air yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat PKNS, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2020.

Najib Hadir Perbicaraan Kes 1MDB di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 02 SEPTEMBER 2020.