Mohd Adzlan Mat Sidek
Daily Life – GEMBIRA Dapat Kibar ‘Jalur Gemilang’
Kanak-kanak ceria sambil berlari dan mengbarkan Jalur Gemilang sempena kempen Kibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan yang ke-63 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Kampung Padang, Kampng Baru, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 26 OGOS 2020.
Noh Omar Tinjau Gudang Membaiki Beg
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Noh Omar membuat lawatan ke gudang membaiki beg sebelum membuat pengumuman bantuan pembiayaan perniagaan Covid-19 dan penyerahan cek pembiayaan perniagaan kepada rakan usahawan PUNB di Mimoo Act Sdn Bhd, Kampung Baru Subang, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2020.
Ketua Polis Daerah Shah Alam di Sidang Media Kejayaan ‘Op Khas’
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib menunjukkan minuman keras alkohol yang berjaya dirampas sepanjang Op Khas JOL/PATI/PREMIS HARAM di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2020.
Calon BN, Zaidi Aziz Santuni Raja Sehari #PRKSlim
Calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra bersama pasangan pengantin Mohd Salleh Bukhri dan Myzan Abd Ghapar semasa hadir ke Majlis Perkahwinan mereka sempena sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Kampung Changkat Sulaiman, Perak. foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2020.
Semangat Kemerdekaan Penduduk Felda Gunung Besout 2
Penduduk Felda Gunung Besout 2, Nur Addeena Nasiruddin, 4, bergambar di sekitar rumahnya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felda Gunung Besout 2, Perak. foto MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2020.
KJ Tunggang Motosikal Jumpa Pengundi #PRKSlim
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menaiki motosikal semasa sesi walkabout Ziarah kasih calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di Felda Gunung Besout 2, Perak. MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2020.
Hishammuddin Ramah Mesra Dengan Penduduk #PRKSlim
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein beramah mesra bersama penduduk semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di kampung Felda Trolak Selatan ketika di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2020.
Mukhriz Mahathir Pada Ceramah Kelompok PDM Slim #PRKSlim
Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berucap di ceramah kelompok PDM Slim sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pejabat PKR Ranting Slim River, Perak. foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2020.
Zahid Hamidi Rasmi Jentera Pemuda BN Negeri Perak #PRKSlim
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memakaikan jeket kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika di Perlancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, Perak. foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2020.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Kebajikan Sosial
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun (tiga dari kanan) bergambar bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (tiga dari kiri) dan CEO Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed (kiri) serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keuarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Junaidah Kamarruddin (kanan), Ketua Pegawai Perniagaan bank Islam Malaysia Berhad Mizan Misram (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail (dua dari kanan) selepas menandatangani memorandum persefahaman bagi program kebajikan sosial berasaskan platform ekonomi digital dalam mewujudkan masyarakat pintar ketika di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 13 OGOS 2020.