Mohd Adzlan Mat Sidek
Rezeki Penduduk Kampung Raja Ketika Musim Banjir
Pelbagai jenis ikan sungai segar hasil tangkapan penduduk Kampung Raja, Temerloh dijual kepada orang awam ketika musim banjir Pahang. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2020.
Peniaga Mula ‘Buka’ Kedai Selepas Banjir Surut di Pekan Mentakab
Sebahagian kawasan Pekan Mentakab yang terjejas akibat dinaiki air telah beransur surut membolehkan pekerja di premis kedai membuat kerja-kerja pembersihan berikutan banjir teruk yang berpanjangan di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2021.
Bekalan Makanan Terputus, Penduduk Nekad ‘Redah’ Banjir
Penduduk, Amran Sulaiman, 57 membawa kucing peliharaannya berteduh di dalam rumah semasa hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk yang melibatkan limpahan air Sungai Pahang ketika di Kampung Paya Kechik Ulu, Temerloh. foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2021.
GSC Times Square Tutup Sepenuhnya Selepas 16 Tahun Beroperasi #PKPB
Keadaan lengang di Golden Screen Cinema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur yang beroperasi hampir 16 Tahun menamatkan operasinya secara kekal berikutan penularan wabak Covid-19. foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2021.
Reaksi Rani Kulup Selepas Lapor Polis Isu Poster Parti Komunis
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai isu pemasangan poster Parti Komunis China dan gambar Mao Tze Tong di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2021.
Palsukan Dokumen Atas Nama Top Glove, Suspek Didakwa di Mahkamah
Tertuduh, Kelvin Tong Teng Hoe, 35, berhadapan dengan tuduhan memalsukan dokumen “Declaration Of Conformity” atas nama Top Glove Sdn Bhd di Mahkamah Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2021.
Unit Udara Bomba Bawa Pesakit, Agih Keperluan Makanan Kepada Mangsa Banjir
Warga emas yang mengalami pendarahan dalam otak dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi memberi rawatan lanjut di sekitar Kuala Lipis, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2021.
Bencana Banjir di Pahang
Akibat banjir yang teruk, seluruh kawasan dinaiki air sehingga menenggelamkan rumah dan tanaman di sekitar Kuala Lipis, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2021.
Zahid Hamidi Hadir Perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada perjumpaan bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 JANUARI 2021.
Perjumpaan Kecoh, NGO dan Peniaga ‘Serang’ ADUN Seri Serdang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud mendengar rasa tidak puas hati peniaga gerai ketika membuat perjumpaan di Dataran Puchong Permai, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 03 JANUARI 2021.

















