Mohd Adzlan Mat Sidek
Ziarah Kubur Covid pada 1 Syawal
Ahli keluarga menziarahi kubur mangsa Covid-19 selepas solat sunat Aidilfitri sempena satu Syawal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Ziarah Takbir Malam Raya Penduduk Lembah Keramat #Aidilfitri
Penduduk berarak beramai-ramai menziarahi rumah ke rumah untuk melaungkan takbir raya sempena menjelang Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Lembah Keramat. Foto MOHD ADZLAN, 09 APRIL 2024.
Selamat Hari Raya Aidilfitri #MalamRaya2024
Penduduk kampung bermain meriam batang kelapa yang menjadi aktiviti tradisi sebagai simbolik Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu 2 Sepintas, Sabak Bernam. Foto MOHD ADZLAN, 09 APRIL 2024.
Demi Rambut Raya, Kedai Gunting Jadi Tumpuan
Orang ramai mengambil peluang pada cuti hujung minggu untuk menggunting rambut sebagai persiapan awal sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Persiapan Akhir Sambut Aidilfitri, Orang Ramai Bersesak di Jalan TAR
Orang ramai mengambil kesempatan membawa ahli keluarga pada cuti hujung minggu untuk membeli barang keperluan sebagai persiapan awal sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 APRIL 2024.
Ketupat Palas #Aidilfitri
Peniaga, Faridah Mamat, 48 melakukan proses membuat ketupat palas sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga 70 sen sebiji bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Manir, Kuala Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Persiapan Juadah Untuk Pagi Raya
Orang ramai membeli barang keperluan mentah bagi persiapan awal sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Besar Seksyen 6, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 APRIL 2024.
Suasana Pasar Pagi Kampung Kubang Lembek #DailyLife
Penduduk kampung membeli keperluan harian bagi persediaan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Kampung Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 07 APRIL 2024.
Rahsia Pelita Kekabu Zaman Dahulu #RayaAidilfitri2024
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Sidang Media KPN, Tan Sri Razarudin Husain
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bercakap kepada media mengenai penahanan seorang lelaki Israel pada 27 Mac lalu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2024.