Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

“Kalau bukan kita yang menghidupkan kembali tradisi orang tua pada zaman dahulu yang menggunakan pelita kekabu sebagai pengganti lampu suluh, maka generasi terkini tidak akan tahu tentang kewujudannya” kata Mohd Zailani Mohd Nor, 48.

Bapa kepada empat orang anak itu pada asalnya membuat pelita ini secara suka-suka dalam jumlah sedikit untuk menerangi kawasan rumah pada malam pada Ramadan serta Syawal, tetapi sejak tahun lalu beliau mula menghasilkannya dalam jumlah yang banyak iaitu kira-kira 2,500 biji pelita kekabu dan tahun ini sekitar 3,000 biji pelita.

Tujuannya ingin memastikan tradisi memasang pelita kekabu ini tidak akan pupus ditelan zaman, maka beliau akan mengagihkan kepada orang ramai bagi menghidupkan kembali nostalgia tersebut.

Penghasilan pelita kekabu ini tidak mengambil masa yang lama bermula dari proses memilih putik buah muda yang dipotong dua dan digerudi untuk mengeluarkan isinya sebelum ruang kosong itu diisi dengan minyak tanah dan isi kekabu dijadikan sumbu.

Penggunaan buah kekabu muda sebagai pelita juga lebih mesra alam kerana menggunakan bahan semula jadi manakala buah kekabu matang digunakan untuk membuat tilam atau bantal.

Malah, kekabu ini amat terhad berikutan ia bermusim paling banyak pada awal tahun dan tumbuh meliar di kawasan tertentu sahaja.

Nyalaan pelita ini mampu bertahan kira kira satu jam sahaja sebelum diisi semula dengan minyak tanah.

Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 memanjat pokok kekabu untuk mengambil buahnya dan dijadikan pelita bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

Anak, Mohd Fikri, 7 membantu ayahnya mengutip buah kekabu di sekitar kampung untuk diproses menjadi pelita bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Rupa buah kekabu yang telah dibelah dua bagi melakukan proses membuat pelita kekabu bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 mengisi minyak tanah bagi menyalakan pelita kekabu yang telah siap diproses bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 mengagihkan pelita kekabu kepada pelajar Kompleks Pendidikan Tahfiz Annur Besut bagi merasai pengalaman pada zaman dahulu sebagai pengganti lampu suluh pada malam tujuh likur sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Pelajar Kompleks Pendidikan Tahfiz Annur Besut memegang pelita kekabu bagi merasai pengalaman pada zaman dahulu sebagai pengganti lampu suluh pada malam tujuh likur sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 merupakan orang yang menghidupkan semula tradisi membakar pelita kekabu supaya generasi muda dapat mengetahui warisan nenek moyang yang telah lupus ditelan zaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.