Mohd Adzlan Mat Sidek
Timbalan Perdana Menteri Rasmi AREC dan ARCHIDEX 2025
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta yang lain bergambar pada Perasmian AREC dan ARCHIDEX 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2025.
Peluncuran Buku Melukis Dengan Hati #KaryaZunar
Kartunis, Zunar mempamerkan lakaran atau lukisan terakhir Anwar Ibrahim ketika di penjara Sg Buloh pada Majlis Peluncuran Buku Melukis Dengan Hati: Biografi Perjalanan Seni 50 Tahun Karya Zunar di Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2025.
160 Ketua UMNO Bahagian Desak PMX Laksana Titah Adendum
Antara 160 ketua UMNO bahagian dari seluruh negara yang hadir perjumpaan tertutup bagi membincangkan soal pelaksanaan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2025.
Sultan-Sultan Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar mencemar duli ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 & Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2025.
Algeria, Uruguay Tandatangani Perjanjian Persabahatan dan Kerjasama Bersama #ASEAN
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) menerima dokumen pada Majlis menandatangani Instrumen Perakuan Penyertaan kepada Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) oleh Republik Demokratik Rakyat Algeria yang diwakili oleh Menteri Luar Algeria, Ahmed Attaf (kanan) dan Republik Oriental Uruguay yang diwakili oleh Menteri Luar Uruguay, Mario Lubetkin (kiri) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2025.
PM Hadir Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2025.
Mohamad Hasan Pengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar bersama menteri-menteri luar bergambar pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan Wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 JULAI 2025.
Sidang Media Ahli-Ahli Parlimen PKR
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli-ahli parlimen PKR lain menunjukkan dokumen kenyataan bersama pada mengadakan sidang media membabitkan isu institusi kehakiman, reformasi dan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara di Subang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 JULAI 2025.
Polis Selangor Tumpaskan Sindiket Proses Dadah Dalam Vape
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan barang rampasan dalam kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam dua kes berasingan yang melibatkan jumlah rampasan bernilai RM26.88 juta ketika di IPK Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 JULAI 2025.
Kilang Kapas Terbakar
Sebuah kilang kapas berkelas A dengan berkeluasan 300×200 kaki persegi musnah terbakar sebanyak 90 peratus dan kerja-kerja pemadaman api giat dijalankan anggota bomba di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 30 JUN 2025.

















