Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1578 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2025

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Kebangsaan Ma’al Hijrah 2025 kepada Datuk Nooh Gadot pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025/1447 di MITEC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 JUN 2025.

LENSA MG | Kebakaran Kilang Kitar Semula

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula yang hangus lebih 95 peratus sekitar jam 12 tengah hari tadi di Taman Industri Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2025.

Lawatan Kapal Japan Coast Guard PV Mizuho

Duta Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki (sembilan kiri) bergambar bersama Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah (lapan kiri) serta krew kapal pada Sesi Lawatan Kapal Japan Coast Guard (JCG) PV MIZUHO sebagai permulaan misi strategik lima hari bersama Maritim Malaysia di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2025.

24 Individu Terkandas Konflik Iran Selamat Tiba di KLIA

Seramai 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia yang terkandas ketika konflik Iran-Israel telah selamat tiba di tanah air pada jam 10.50 malam menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH781 dan disambut oleh ahli keluarga selepas misi evakuasi yang diselaraskan oleh Wisma Putra dan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2025.

Busana Tradisional Lelaki dan Wanita Iban

Busana tradisional Iban adalah pakaian warisan budaya Sarawak digunakan dalam pelbagai acara khas seperti Hari Gawai, pertandingan Kumang, dan majlis perkahwinan pada Majlis Rumah Terbuka Gawai di Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 JUN 2025.

Derita Anak Menghidap ‘Jantung Berlubang’ dan ‘Kecederaan Otak’ #MAIWP

Nur Arissa Sabrina Muhammed Zulkarnain, 5 yang menghidap jantung berlubang sejak dalam kandungan menerima bantuan barang keperluan dari MAIWP pada Program Ziarah Kasih Penerima Bantuan Pampers dan Susu di Perumahan Awam Seri Perak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2025.

Pelancaran Buku Addeen, Catatan Tafsiran Peribadi Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani buku yang diberi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pelancaran Buku Addeen ketika di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 15 JUN 2025.

Anwar Rasmi Sambutan Hari Belia Negara 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat kebangsaan ketika di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2025.

Penyerahan E-Bike Kepada Polis Selangor

Anggota polis mencuba motosikal elektrik yang akan digunakan pihak polis bagi kerja-kerja rondaan selepas Penyerahan E-Bike oleh Menteri Besar Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2025.

Anwar dan Rafizi Hadir Perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual mesra dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika hadir pada Perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto MOHD ADZLAN, 23 MEI 2025.