Mohd Adzlan Mat Sidek
Anwar, Azizah Pilih Siapa? #PKR
Gelagat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membuang undi secara fizikal pada Pemilihan PKR Peringkat Pusat pada Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Foto MOHD ADZLAN, 23 MEI 2025.
Suasana Awal Perasmian Kongres Bersama AMK dan Wanita PKR
Sebahagian perwakilan hadir pada Perasmian Bersama Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Foto MOHD ADZLAN, 22 MEI 2025.
Demontrasi Memperingati Hari Nakbah, 77 Tahun Perjuangan
Peserta demostrasi berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji untuk berarak ke Suruhanjaya Tinggi British dan Kedutaan Amerika sempena Demonstrasi Aman memperingati ulang tahun Hari Nakba di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 16 MEI 2025.
Keadaan Hutan Raub Akibat Diceroboh
Pemandangan udara pokok-pokok durian musang king yang telah ditebang akibat pencerobohan tanah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Raub, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2025.
Sultan Pahang Tinjau Hutan Raub
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan meninjau keadaan pokok durian Musang King yang ditebang akibat pencerobohan tanah di Raub, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2025.
Pengamal Perubatan Serah Memorandum di Pejabat Perdana Menteri
Lebih 200 doktor dan pengamal perubatan berkumpul bagi membantah pelaksanaan peraturan mewajibkan klinik swasta serta farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan dan menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Laman Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 MEI 2025.
PM, Ahli-Ahli Parlimen Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 05 MEI 2025.
LENSA MG | Simfoni Warna, Warisan dan Keajaiban Seni Bina #Jaipur
Penjaga pintu City Palace memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan mengekalkan tradisi diraja dengan berpakaian seragam tradisional lengkap dengan turban merah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jaipur, India. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2025.
JDT Julang Piala Malaysia 2025
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang piala selepas menewaskan Sri Pahang FC yang berkesudahan 2-1 pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2025.
Kota Merah Jambu | Menyingkap Rahsia di Jendela
Hawa Mahal atau lebih dikenali sebagai Istana Angin ini dibina pada tahun 1799 telah menjadi tempat ikonik dan tumpuan pelancong ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jaipur, India. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2025.

















