Mohd Adzlan Mat Sidek
Warna-Warni Lampu Hiasan Solar #Aidilfitri
Pesara, Zakariah Hamid, 63, membetulkan susunan dekorasi lampu hiasan yang menggunakan sistem solar bagi memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Sri Langkas, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 25 MAC 2025.
Lemang Periuk Kera Cik Yah
Periuk kera dimasukkan dengan beras pulut serta santan segar sebelum dikukus seketika untuk dijadikan lemang menjadi makanan popular masyarakat setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Desa Riang, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2025.
Asnaf Gembira Dapat Baju Raya Baru
Kanak-kanak yang merupakan anak asnaf gembira dapat memilih pakaian raya pada program Rahmah Madani Ramadan MAIWP 'Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf' di Pasaraya AEON Big Wangsa Maju. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2025.
Buta Mata, Kalam Tuhan jadi ‘Penyuluh’
Antara pelajar dari Penghuni Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tekun membaca Al-Quran dengan menyentuh susunan titik braille bagi meningkatkan amalan pada bulan ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kompleks MAB, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2025.
Dinding Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh Akibat Hujan Ribut
Kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan pada dinding yang runtuh akibat hujan lebat serta angin kuat melanda pada pukul 4.04 petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MAC 2025.
Hujan Lebat Dan Angin Kuat Musnahkan Khemah Bazar Jalan Tar
Dianggarkan 42 khemah peniaga bazar Ramadan habis musnah selepas hujan lebat beserta angin kuat yang berlaku kira-kira jam 4.10 petang tadi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MAC 2025.
‘MySaveFood’ Selamatkan Pembaziran di Bazar Ramadan
Sukarelawan yang menyertai Program "MySaveFood Ramadan" menimbang dan membungkus makanan dan minuman yang berlebihan di bazar Ramadan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan bagi mengelakkan pembaziran ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2025.
Perdana Menteri Hadir Majlis Iftar Bersama Ilmuan Agama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir ketika di Majlis Iftar Bersama Ilmuan Agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 MAC 2025.
Aktiviti Petang Warga Rohingya Ketika Ramadan
Warga Rohingya sibuk mencari juadah berbuka puasa yang dijual warganya pada bulan ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar pasar borong Selayang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2025.
Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2025
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2025 dan Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta Felcra Berhad Tahun 2024 di Perkarangan Masjid Kampung Kuala Akob, Kuala Berang, Terengganu. Foto AIZAT ZAINAL, 8 MAC 2025.

















