Mohd Adzlan Mat Sidek
Masjid Jamek Kuala Lumpur Meriah, Orang Ramai Berbuka Puasa
Orang ramai mengambil kesempatan berbuka puasa beramai-ramai pada bulan ramadan di hujung minggu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2025.
Mahkamah Tolak Permohonan Ibu dan Bapa Zayn Rayyan
Ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari dan isteri Ismanira Abdul Manaf keluar selepas mahkamah menolak permohonan bagi membatalkan pertuduhan pengabaian anaknya yang juga kanak-kanak autistik Zayn Rayyan ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAC 2025.
Bubur Lambuk Masjid India Jadi Tumpuan
Orang ramai beratur bagi mendapatkan bubur lambuk untuk juadah berbuka puasa sempena hari pertama bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2025.
Bajau Laut | Penghuni Samudera Di Kepulauan Semporna
Kemahiran menyelam yang sebati membuatkan mereka sangat mahir memburu hasil laut dengan menggunakan lembing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di kepulauan Semporna, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2025.
Zahid Serah Watikah Pelantikan Penyelaras TVET Peringkat Parlimen
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan watikah kepada penerima pada Majlis Penyerahan Watikah Penyelaras TVET Peringkat Parlimen di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 FEBRUARI 2025.
Remaja OKU Lakukan Amang Seksual Fizikal Dihadap Ke Mahkamah
Tertuduh, Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19, dibawa keluar selepas mengaku salah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah masjid ketika di Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 FEBRUARI 2025.
Pelancaran Video Promosi VM2026
Tayangan video Promosi VM2026 dirakam pengamal media ketika pelancarannya di Pavilion Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2025.
Imigresen Cekup Warga Asing di Kilang Sampah Elektronik
Antara warga asing yang ditahan dalam satu serbuan di kilang sampah elektronik (e-waste) pada operasi Op X di sekitar Buloh Kasap, Segamat, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 24 FEBRUARI 2025.
Anwar Hadir Perasmian Alamanda Berwajah Baharu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau tapak permainan aktiviti lasak Escape Putrajaya yang baru dibuka untuk orang ramai selepas hadir pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di Pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 FEBRUARI 2025.
Penyelam ‘Santa Claus’ Aquaria #Krismas
Para pengunjung teruja melihat penyelam profesional, Nurshazwan Ja’afar, 28 yang memakai kostum Santa Claus sempena sambutan Hari Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 20 DISEMBER 2024.

















