Saturday, May 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Anwar Rasmi Global Halal Summit (GHaS) 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat tapak pameran selepas perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2023.

Tarikan Pengunjung di Zoo Negara #11September2023

Gelagat seekor harimau menjadi tarikan utama pengunjung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2023.

Warna-Warni Cahaya ‘Luna Wonderland 2023’

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat pesta lampu taman LED terbesar dengan hiasan hampir sejuta lampu warna warni di Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour yang dibuka pada 25 Ogos hingga 24 September ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Malaysia, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2023.

Ahmad Zahid Hamidi di Persidangan Kebangsaan DAP 2023

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama Pengerusi DAP, Lim Guan Eng selepas hadir pada Persidangan Parti DAP 2023 di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2023.

LENSA MG | Pembukaan Pameran Udara Selangor 2023

Orang ramai menyaksikan pertunjukan udara daripada Juruterbang Akademi Penerbangan Layang-Layang, Kapten John Scratchman pada Pameran Udara Selangor 2023 di Skypark RAC, Bukit Jelutong, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 SEPTEMBER 2023.

Perbarisan Penghargaan Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM

Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (TUDM) memeriksa kawalan kehormat buat kali terakhir selepas tamat perkhidmatan pada Upacara Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke-21 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2023.

Persiapan Peserta Perarakan Hari Kebangsaan 2023

Kontinjen melakukan persiapan sebelum memulakan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2023.

Anwar Sampaikan Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibarkan jalur gemilang bersama penjawat awam semasa hadir ke Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2023.

Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Tentera Darat Diraja Malaysia melakukan persembahan pada sesi raptai penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2023.

Replika Menara Ikonik Kebanggaan Penduduk Kampung Sungai Kajang #Merdeka66

Penduduk, Ahmad Afif, 16 gigih menyiapkan replika Menara Berkembar KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang diperbuat daripada botol plastik bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2023.