Friday, April 4, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1363 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Teratak ‘Rumah Biru’ di Tengah Kota

Orang ramai menziarahi warisan seni bina tradisional Melayu 'rumah biru' yang popular dengan sesi penggambaran filem berikutan kediaman dikosongkan untuk tempoh tiga hingga empat tahun bagi memberi laluan pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2024.

Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) ke-14

Penerima Anugerah Khas Emas, Muhammad Asif Mohd Fahmi (kiri) bersama penerima Anugerah Khas Kokurikulum, Jasmine Tay Jing Xuan pada Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2024.

Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai ATM Terbalik di Lebuhraya KL-Karak

Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya akibat hilang kawalan ketika di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2024.

Aksi Hari Pertama Sesi Latihan Bebas MotoGP

Aksi pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami bersama pelumba lain pada sesi Latihan Bebas 1 perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 01 NOVEMBER 2024.

Jajaran Rel Terowong ECRL Gombak

Terowong ECRL Gombak sepanjang 959 meter bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kejayaan penembusan dan menjadikan terowong ECRL yang ke 36 selesai bagi kerja pengorekan ketika tinjauan di Kampung Batu 12 Gombak, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

Anwar Melancarkan Residensi Madani Putrajaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa (dua kiri) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kiri) melihat 'mock-up' bangunan Residensi Madani Putrajaya selepas Peluncuran Pembangunan Perumahan Residensi Madani Putrajaya ketika di Presint 7, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 28 OKTOBER 2024.

Kolam, Seni Lantai ‘Deepavali’

Orang ramai melihat dekorasi kolam, seni lantai tradisional masyarakat India dengan menggunakan beras berwarna-warni sempena sambutan Deepavali ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di NU Sentral Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

Pra Pelancaran Hotel Teedo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan lawatan ke bilik Deluxe selepas Pra Pelancaran Hotel Teedo di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Sultan Ibrahim Berkenan Rasmi MIH Megatrends 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Armizan Tinjau Harga Musim Perayaan Deepavali

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali meninjau kawalan harga barang selepas Pengumuman Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OKTOBER 2024.