Mohd Adzlan Mat Sidek
Menteri Sumber Manusia Serah Geran PHEKS 2026
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan bergambar bersama penerima selepas Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2026.
JPJ Bandar Tasik Selatan
Pengunjung mula menggunakan perkhidmatan selepas pelancaran Pejabat Baharu JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2026.
Reaksi Zahid dan Hamzah di Parlimen
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2026.
Ahli-Ahli Parlimen Pada Sidang Dewan Rakyat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan hadir pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2026.
D’Tebing Recharge Rider
Komuniti penghantar makanan dan barangan merasai ruang rehat berbumbung dan tempat menunggu pesanan yang lebih selesa serta kondusif untuk komuniti p-hailing selepas Perasmian Hab P-Hailing @ D’Tebing Recharge Rider ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Penjaja D’Tebing, Bulatan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JUN 2026.
Imigresen Tahan PATI di Selayang
Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing didapati tiada dokumen yang sah ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.
Pembukaan Operasi Loji Sisa-ke-Tenaga 1
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian pembukaan Operasi Loji Sisa-ke-Tenaga 1 (WTE1) sebuah projek transformasi pengurusan sisa dan pembangunan tenaga lestari negara ketika di Jeram, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 JUN 2026.
Ketua Pengarah J-KOM Jumpa Albert Tei
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berjumpa dengan ahli perniagaan, Albert Tei selepas membuat laporan polis terhadap Albert Tei Jiann Cheing didakwa mengeluarkan tuduhan dan menganggu ketenteraman di premis Kementerian Komunikasi ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2026.
Suasana Meriah Karnival Sukan MAIWP
Gelagat kanak-kanak daripada 14 Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids Zon Setapak menyertai Karnival Sukan Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 JUN 2026.
Zahid Lancar Jentera Barisan Nasional Negeri Johor
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melakukan gimik Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Johor di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 07 JUN 2026.

















