Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1580 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Rahsia Pelita Kekabu Zaman Dahulu #RayaAidilfitri2024

Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

Sidang Media KPN, Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bercakap kepada media mengenai penahanan seorang lelaki Israel pada 27 Mac lalu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2024.

Menteri Pengangkutan Tinjau TBS #RayaAidilfitri2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke beramah mesra bersama penumpang semasa melakukan lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2024.

Fadhlina Sidek Hadir Majlis Iftar Si Burung Kecil

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang diraikan pada majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama Media di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2024.

Pencarian Mangsa-Mangsa Kepala Air

Anggota Bomba memeriksa laluan lokasi tiga mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di sebuah sungai di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2024.

Persiapan Menjelang Raya Aidilfitri

Orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu membawa keluarga keluar membeli pakaian raya untuk menyambut Aidilfitri pada 10 April depan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Beli Belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2024.

Suasana Hari Terakhir Daftar Pangkalan Data Utama (PADU)

Penduduk, Zawiyah Mohd Hashim, 81 gembira selepas berjaya mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Program Pendaftaran Padu Bersama Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM) ketika di Flat Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2024.

Wajah baru Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban

Wajah baru Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban yang telah dibuka selepas 2 tahun ditutup untuk dinaik taraf bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada orang awam ketika di Seremban, Negeri Sembilan.

Pengisian Rohani Nuzul Al Quran

Pelajar dari Kolej Islam Sultan Alam Shah tekun membaca ayat suci Al-Quran pada Hari Nuzul Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.

PM hadir Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ashabus Solihin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat maghrib bersama penduduk ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Kajang. Foto MOHD ADZLAN, 27 MAC 2024.