Saturday, May 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Lebuhraya SUKE Fasa 2 Jajaran Sepanjang 7.8 Kilometer

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 yang melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) sehingga persimpangan Cheras-Kajang akan dibuka tengah malam ni ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Alam Damai, Lebuhraya SUKE Fasa 2, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 15 JUN 2023.

Fadhlina Sidek di Majlis Penutup Konvensyen Islam dan Melayu Peringkat Selangor

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bergambar beramai-ramai selepas Majlis Penutup Konvensyen Islam dan Melayu peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2023.

Nik Nazmi Tinjau Taman Rekreasi Mangrove Point

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) diiringi Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin (kanan) melawat kawasan tarikan eko pelancongan dengan kepelbagaian jenis pokok bakau serta cadangan masa depan untuk membina menara burung ketika lawatan kerja Projek Selangor Maritime Gateway di Taman Rekreasi Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2023.

Persediaan Operasi Pembenihan Awan

Anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melakukan persiapan untuk Operasi Pembenihan Awan ketika di Pangkalan TUDM, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 12 JUN 2023.

PM Hadir Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India ketika di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2023.

Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2023

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (tengah) dan Naib Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin bergambar bersama perwakilan selepas sesi penggulungan persidangan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2023.

Operasi Imigresen Gempur Penempatan Haram PATI

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu Operasi Penguatkuasaan Imigresen di sebuah penempatan haram di sekitar Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2023.

Salahuddin Ayub Sesi Pemantauan Kilang Pembuatan Gula

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Central Sugars Refinery (CSR) Sdn. Bhd, Mohamad Zuki Wan Abdullah (kanan) semasa membuat sesi pemantauan dan lawatan ke Kilang Gula CSR Sdn Bhd, Batu Tiga, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 JUN 2023.

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar beramah mesra bersama jemaah haji selepas berkenan hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada bakal Jemaah Haji Malaysia di Movenpick Hotel, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2023.

Majlis Perasmian Penutupan Program Jom Masuk U 2023

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat robot pada pameran Program Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2023.