Mohd Adzlan Mat Sidek
Anwar Ibrahim Serah Kunci PPAM Madani Dalur
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama penerima-penerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di Presint 18, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2023.
Pembukaan Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad UM
Aksi peserta yang menyertai pertandingan pada Pembukaan Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad UM di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2023.
Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Kontraban dan Bitcoin #PDRM
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie (kiri) bersama Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang, Mohd Hirman Abd Raub (kanan) menunjukkan barang rampasan kontraban yang akan dilupuskan di Balai Polis Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 29 MEI 2023.
Pelancaran Logo, Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bergambar beramai-ramai selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2023 di Tasik Simfoni, KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 27 MEI 2023.
Fahmi Fadzil Rasmi IWK Eco Park @ Pantai Dalam
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendan Maniam melawat persekitaran selepas merasmikan IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2023.
Anwar Hadir Majlis Muzakarah Ulama dan Umara
Gelagat mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (dua kiri) beramah mesra dengan Mantan Mufti Agung Mesir, Al-Imam Al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum'ah (kanan) sambil diperhatikan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa Tarim Yaman, Al-Alamah Habib Umar (kiri) ketika hadir pada Muzakarah Ulama dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023 di Concorde Hotel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2023.
Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat MARDI
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani merasmikan penemuan varieti periuk kera terbaharu di dunia yang diberi nama Nepenthes Rafflesia var. Zabawiana pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat MARDI dan pelancaran varieti baharu periuk kera di Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Foto MOHD ADZLAN, 24 MEI 2023.
Gelagat Ahli-Ahli Parlimen Pada Sidang Dewan Rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir persidangan dewan rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 MEI 2023.
Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional di Kompleks Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 MEI 2023.
Pelepasan Kumpulan Pertama Jemaah Haji Musim 2023
Antara 284 dalam kumpulan pertama jemaah haji negara bagi musim haji tahun 2023/ 1444 Hijrah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH 8056) akan berlepas ke Tanah Suci Mekah awal pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 21 MEI 2023.