Sunday, May 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Dinding Runtuh di Flat Perumahan Awam Dibaik Pulih

Kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja baik pulih selepas dinding sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew runtuh susulan hujan lebat beserta ribut yang berlaku di sekitar ibu negara pada Jumaat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2023.

MAIWP Sambut Aidilfitri Rahmah Madani Bersama Insan Istimewa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar beramah mesra bersama tetamu jemputan ketika di majlis Jalinan Aidilfitri Rahmah Madani MAIWP Bersama Insan Istimewa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2023.

Demonstrasi Bantah Penarikan Rayuan Kes Kalimah Allah

Orang ramai yang menyertai himpunan demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah ALLAH ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2023.

Zahid Hamidi di Riang Raya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose (dua kanan) berbual mesra dengan perwakilan pelajar pada Majlis Riang Raya Majlis Perwakilan Pelajar di UiTM Puncak Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 MEI 2023.

Zahid Rasmi Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan gimik perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 sambil diperhatikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (dua kiri) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MEI 2023.

Menu Rahmah Foodpanda #DailyLife

Nora Amirah Mohamad Akhir (kiri) bersama Dzarith Miersya Mohd Dzulbahar menunjukkan aplikasi yang menawarkan penghantaran Menu Rahmah selepas pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama Foodpanda Malaysia di Pejabat Foodpanda, Bangsar South, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.

LENSA MG | Tangisan Penghuni Kampung Koskan Tambahan

Penduduk, Azizah Noor, 52 tidak dapat menahan sebak selepas melihat rumahnya dirobohkan di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.

Wanita Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah

Seorang wanita berdepan hukuman penjara 90 tahun dan sebatan terhadap empat pertuduhan amang seksual secara fizikal terhadap dua anak lelakinya berusia 14 dan 12 tahun ketika dibawa oleh pegawai polis ke Mahkamah Sesyen, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2023.

Anwar Ibrahim di Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Selangor 2023 di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 MEI 2023.

Fenomena Cuaca Panas #KL2023

Pejalan kaki meneguk air bagi menghilangkan dahaga berikutan cuaca panas susulan musim peralihan monsun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto ADZLAN SIDEK, 13 MEI 2023.