Sunday, May 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

PM Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 MEI 2023.

Solidariti Setahun Kehilangan Wartawan Shireen Abu Akleh

Para pengamal media serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis kemanusiaan menunjukkan tanda solidariti dengan menulis kata-kata semangat di poster wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh selepas genap setahun pemergiannya yang maut ditembak tentera Zionis Israel ketika membuat liputan di Jenin, Palestin ketika di G Tower, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2023.

PM Rasmi Menara KWSP Kwasa Damansara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gimik perasmian Menara KWSP Kwasa Damansara di, Kwasa Damansara, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2023.

PM Lancar Proton X90 Sempena Sambutan 40 Tahun Proton

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat hiasan dalam kereta Proton X90 selepas pelancarannya pada majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2023.

Anwar, Zahid Meriahkan Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada rumah terbuka Malaysia Madani Negeri Sembilan ketika di Wisma Majlis Bandaraya Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2023.

Anwar Santuni Penduduk Kanchong Darat Selepas Solat Jumaat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama kariah masjid selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 MEI 2023.

12 Rumah Kampung Koskan Dirobohkan

Orang kampung melihat kerja-kerja merobohkan rumah secara berperingkat selepas 12 keluarga peneroka Kampung Koskan Tambahan, Serendah menerima notis pengusiran pada 2 Mei ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rawang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 03 MEI 2023.

Perarakan Aman Hari Pekerja #2023 #MayDay

Sebahagian warga pekerja yang menyertai perarakan aman bersempena Hari Pekerja 2023 menuntut gaji bermaruah dan jaminan makanan anjuran Jawatankuasa Mei 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maju Junction, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2023.

Anwar Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama TPM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Presint 16, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2023.

Menteri Belia dan Sukan Beri Kata-Kata Semangat Kepada Kontinjen Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar bersama atlet selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023 di MSN Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2023.