Mohd Adzlan Mat Sidek
Final Kuadran Malaysia Benam India 2 – 0 #PialaDunia2026
Reaksi pasukan Malaysia selepas berjaya menewaskan pasukan India pada akhir acara kuadran yang berkesudahan dengan mata 2-0 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2026.
Malaysia Bergelar Juara Dunia Kuadran #SepakTakraw
Pasukan Malaysia menjuarai acara kuadran pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas menewaskan pasukan India dengan mata 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2026.
Aksi Sengit Separuh Akhir Kuadran Malaysia vs Vietnam #PialaDunia2026
Aksi pasukan Sepak Takraw Malaysia ketika menentang pasukan Vietnam pada aksi separuh akhir acara kuadran yang berkesudahan skuad negara memenangi dengan mata 2-1 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2026.
Aksi Skuad Kuadran Malaysia vs India #PialaDunia #SepakTakraw
Aksi skuad kuadran Malaysia ketika menentang skuad kuadran India dalam kumpulan c yang berkesudahan skuad negara berjaya menewaskan skuad India dengan mata 2-1 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 MEI 2026.
KPN Pada Dialog Khas PDRM 2026
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bersalaman dengan pegawai polis selepas majlis perasmian penutupan Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) edisi ke-5 (PSD V) 2026 di Sime Darby Convention Centre (KLGCC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 MEI 2026.
Bekas Pembantu MP Seputeh Didakwa Terima Suapan
Bekas pembantu kepada Ahli Parlimen Seputeh, Edmund Teoh Kheng mengaku tidak bersalah dua pertuduhan membabitkan penipuan dan menerima suapan RM500,000 berkaitan pembekalan papan pintar interaktif ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2026.
UMNO 80 Tahun
Perwakilan sempat merakam ucapan-ucapan pembukaan pemimpin UMNO pada Konvensyen 80 Tahun UMNO ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 MEI 2026.
Kad Keahlian Edisi Khas #UMNO #80Tahun
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan kad keahlian UMNO edisi khas 80 tahun yang baharu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 UMNO di WTC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2026.
Pickleball Zahid dan KJ vs Johari dan Akmal
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berganding bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dalam aksi perlawanan pickleball pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 di WTC, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 01 MEI 2026.
UMNO Selangor Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Seri Kembangan
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bergambar selepas selesai membuat laporan polis berkaitan isu ternakan babi yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Kembangan Wong Siew Ki sehingga mendorong pihak tertentu menghina Sultan Selangor ketika di IPD Ampang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2026.

















