Sunday, June 16, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1251 Artikel 0 Komen

Isteri dan Anak Ratapi Pemergian Mendiang Shebby Singh

Ahli keluarga meratapi pemergian mendiang bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali Shebby Singh sebelum upacara pembakaran mayat ketika tinjauan lensa Malaysia gazette di Shamshan Bhoomi Hall, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

Tabung Masjid – Kebajikan Fakir Anak Yatim

Tabung masjid yang diheret ke bilik mandi jenazah oleh seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

Periuk Tanah Liat Tradisi Perayaan Ponggal

Periuk tanah liat yang telah siap akan diwarnakan sebelum dipasarkan untuk kegunaan masyarakat India semasa menyambut perayaan Ponggal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Krishnan Pottry, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2022.

Bantuan Banjir Legakan Mangsa Beli Peralatan Elektrik

Orang ramai membawa barang elektrik yang telah dipilih dengan menggunakan bantuan khas mangsa banjir yang diterima melalui e-rebat bernilai RM500 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kedai barangan elektrik, Pekan Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2022.

Mangsa Banjir Gembira Terima Sampul Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Mangsa banjir yang telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Selangor Bangkit dan Bantuan Keperluan Asas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Kenanga, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 11 JANUARI 2022.

Muhyiddin Pengerusikan Majlis Pemulihan Negara

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan menteri yang lain pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2022.

Konvoi ‘Selamatkan SPRM’ di Putrajaya

Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) memegang plakad pada protes ‘Selamatkan SPRM’ sebelum berkonvoi dari Bulatan Putra menuju ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2022.

Persiapan Kembali ke Sekolah #DailyLife

Pelajar mencuba tudung sekolah bagi persiapan sesi persekolahan yang akan dibuka pada Isnin hadapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pakaian Hari-Hari, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2022.

Berganding Bahu Bersihkan Sisa Banjir

Sukarelawan dan kontraktor pembersihan membantu membersihkan sampah dan sisa banjir di kawasan sekitar perumahan pada Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2022.

Sampah Banjir di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

Kerja-kerja pemunggahan longgokan sampah yang bertimbun giat dijalankan di sekitar kawasan perumahan selepas bencana banjir yang berlaku baru-baru ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2022.