Mohd Adzlan Mat Sidek
Penduduk Bantah Pembangunan Komersil di Padang Berkeley
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan bersama penduduk taman bersorak membantah cadangan pembinaan 100 parking kereta dan gelanggang futsal di padang Berkeley ketika di Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2021.
Aksi Perlawanan Selangor Dikejutkan PJ City 1 – 2 #LigaSuper
Pemain PJ City, Mohd Khyril Muhymeen meraikan jaringan beliau bersama rakan pasukan ketika menentang Selangor FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Annuar Musa Serah Bantuan Makanan Rumah Prihatin
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan bantuan kepada penerima semasa Program Penyerahan Bantuan Makanan Rumah Prihatin kepada golongan memerlukan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Pantai Remis Meriah Ketika Cuti Hujung Minggu #FasaDua
Orang ramai meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Remis, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Rimba Komuniti Lokasi Buat Pencinta Alam Hijau #FasaDua
Orang awam meluangkan masa melakukan aktiviti riadah di Tasik Cermin dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Dua ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rimba Komuniti Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Kelonggaran SOP – Pusat Latihan Memandu #DailyLife
Pelatih pusat latihan memandu mengajar calon berikutan sektor ini dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara secara janji temu bermula hari ini dengan memastikan semua pekerja, tenaga pengajar dan calon lengkap menerima vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Institut Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2021.
Sukan ‘Footgolf’ Jadi Kegilaan Buat Individu Lengkap Vaksin
Pengunjung meluangkan masa melakukan aktiviti riadah dengan bermain sukan Footgolf berikutan antara sukan yang tidak bersentuhan dibenarkan beroperasi di dalam negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jelutong, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2021.
Aktiviti Bina Badan ‘Outdoor’ #DailyLife
Peminat sukan bina badan melakukan aktiviti angkat berat dengan mengambil inisiatif membina pusat gimnasium sendiri di halaman rumah berikutan aktiviti gimnasium secara 'indoor' masih lagi tidak dibenarkan semasa Pelan Pemulihan Negara fasa 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazzete di Puncak Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2021.
Pemilik Syarikat Teksi Bergelar Datuk Hadapi Pertuduhan Kes Rasuah
Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail akan didakwa atas 3 pertuduhan menerima rasuah ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 SEPTEMBER 2021.
Suasana Hari Pertama Pembayaran Bantuan Khas COVID-19
Orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) berikutan hari pertama kerajaan mengagihkan untuk membantu rakyat miskin tegar, B40, M40 dan bujang yang akan dibayar secara berperingkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bank Simpanan Nasional (BSN), Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 SEPTEMBER 2021.