Affan Fauzi
Tan Sri Rafidah Aziz di Wacana Perdana
Bekas Menteri Perdagangan Industri dan Pengerusi Air Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz menerima senaskah novel yang bertajuk "Revisiting Atas Angin" daripada Penerbitan Yayasan Kepimpinan Perdana, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican (kanan) pada Majlis Seri Wacana Perdana "Faktor Pasukan Menimbulkan Kemajuan Ekonomi Malaysia dan Bagaimana Untuk Mengatasinya" di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 07 OGOS 2019
Daily Life – Kuala Lumpur 2019 #JEREBU
Cuaca berjerebu yang melanda ibu kota tidak menghalang sebahagian pekerja kontraktor membuat kerja pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2019
Liew Vui Keong dan Persatuan Masyarakat Sivil
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong beramah mesra dengan Persatuan Masyarakat Sivil selepas mengadakan pertemuan berkaitan Sesi Penerangan dan Perbincangan Rang Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salahlaku Polis (IPCMC) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2019
Penyokong Najib Razak Hadir Beri Sokongan di Mahkamah #BOSSKU
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sebahagian penyokongnya ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2019
Tun Mahathir Hadir Program 10th University Scholars Leadership Sumposium 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan sesuatu kepada Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan Asia, Kim Solomon (kanan) sambil diperhatikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) pada Program 10th University Scholars Leadership Sumposium 2019 di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 OGOS 2019
LENSA MG | Dobi Basuh Tangan
Pekerja dobi Ganesh menggunakan teknik manual ketika membasuh pakaian pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2019
Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM)
Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Ramli Yusuff (duduk, dua kiri) dan Naib Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Mohd Yunus Long (duduk,dua kanan) serta pimpinan tertinggi PIKM menunjukkan kenyataan media pada sidang media mengenai isu 800 syarikat kawalan keselamatan bakal hilang perniagaan dan 50,000 kakitangan hilang pekerjaan di Pejabat Sekretariat, PIKM, Kelana Business Centre, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2019
Piala FA 2019 Milik KEDAH atau PERAK?
Kapten Pasukan Perak, Shahrul Saad (dua kiri) bersalaman dengan Kapten Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar (dua kanan) sambil diiringi Jurulatih Pasukan Kedah, Aidil Shahrin Ishak (kanan) dan Jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic (kiri) pada sidang media menjelang perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 pada hari esok di Bilik Sidang Media, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 JULAI 2019
Lokman Adam Selesai Beri Keterangan di Bukit Aman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam semasa hadir untuk memberi keterangan terhadap kenyataannya terhadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador mengenai isu kes video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 JULAI 2019

















