Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Rina Harun Lawat Bazar MARA

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun meluangkan masa melawat sebahagian gerai jualan pada Program Walkabout sebagai lawatan kerja di Bazar MARA, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad Hadir Perhimpunan Bulanan JPM

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebaik tiba pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2019

Pemuda UMNO, PAS, BERJASA dan IKATAN Bergabung

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) menerima pelukan daripada Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebaik hadir pada Mesyuarat Pemuda UMNO dan Pemuda PAS di Command Center Barisan Nasional PRK N. 24 Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2019

Khalid Samad Tarik Isteri Guna Daun Pelepah Kelapa

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menarik isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar semasa bermain permainan daun pelepah kelapa, turut sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim (kiri) dan isterinya, Datin Murni Muda pada Program Putrajaya Park Day 2019 di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2019

ANAK AHMAD DHANI! – Air Mata ‘Dul’ Mengalir di Konsert Dewa19

Penyanyi, Ari Lasso cuba menenangkan anak kepada vokalis Dewa, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qadiri Jailaini ketika melakukan persembahan pada Konsert Dewa19 Reunion Live in Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2019

Daily Life – Pin Bowling Jalanan

Kenji Malabar mengeluarkan wang kertas menandakan untuk meminta sedekah selepas melakukan persembahan lambungan pin bowling di depan pengguna jalan raya sewaktu lampu isyarat berwarna merah ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2019

Daily Life – Pengemis #2019

Gelagat seorang pengemis ketika meminta sedekah dikhalyak orang ramai ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2019

Daily Life – Orang Buta Berlari Lintas Jalan #2019

Kelihatan seorang wanita berlari melintas jalan raya sambil memimpin tangan suaminya yang kurang upaya penglihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2019

KL Daily Life #2019

Seorang lelaki menolak sayur yang telah diletakkan didalam bakul dalam keadaan hujan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2019

Daily Life – Kuala Lumpur #2019

Seorang wanita berjalan di bahu jalan menggunakan payung untuk menghalang daripada sinaran cahaya matahari berikutan cuaca panas terik di sekitar kawasan Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2019