Saturday, September 12, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Ibu Bapa Masih Berdegil Bawa Kanak-Kanak ke Bazar Ramadan?

Orang ramai membawa anak kecil semasa keluar membeli juadah untuk berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik di Bazar Ramadan Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 05 APRIL 2022.

ENDEMIK – Kuala Lumpur Kembali ‘Bernyawa’ Selepas 12 Tengah Malam

Orang ramai mengambil peluang untuk bersiar-siar bersama ahli keluarga selepas jam 12 tengah malam susulan pelaksanaan fasa peralihan ke endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 APRIL 2022.

Pekerja Pembersihan Sekolah Berkampung Tuntut Tunggakan Gaji

Pekerja pembersihan melibatkan 19 sekolah di sekitar Sabak Bernam Selangor memegang plakad bagi menuntut tunggakan gaji empat bulan di hadapan Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Putra Perdana Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2022.

PM Rasmi Hari Usahawan Negara 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat tapak jualan selepas Majlis Perasmian Hari Usahawan Negara 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2022.

Bintang Rock Lagenda, Datuk Ramli Sarip

Sesi fotografi bersama penyanyi, Datuk Ramli Sarip selepas sidang media mengenai program Rasa Cinta Di Sebalik Musim di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 MAC 2022.

YDP Agong Berkenan Hadir Majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 kepada Atlet Wushu negara, Tan Cheong Min sambil diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Anugerah Sukan Negara 2019-2020 di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2022.

Zahid, Tok Mat, Najib Solat Jumaat Bersama #PAU2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat jumaat sebelum menyambung Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 18 MAC 2022.

Tanjak dan Kain Songket UMNO #DailyLife

Perwakilan mencuba tanjak UMNO yang dijual sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2022.

Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia #PAU2021

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (dua kiri) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi beramah mesra dengan sebahagian perwakilan wanita pada Perhimpunan Agung Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2022.

Zahid Hamidi, Hasni Bermesyuarat dan Menghadap Sultan Johor

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) dan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad (kiri) tiba selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 14 MAC 2022.