Affan Fauzi
Persiapan SPR Undi Awal #PRNJohor
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja-kerja persiapan terakhir sempena hari pengundian awal pada esok hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Foto AFFAN FAUZI, 07 MAC 2022.
Calon Pejuang, Nornekman Bantu Bersihkan Tanah Perkuburan #PRNJohor
Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) N.47 Kempas, Nornekman Osman melakukan kerja-kerja pembersihan kubur sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2022.
Perdana Menteri di Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan beramah msra dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Perasmian Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2022.
KJ Turun Berkempen Calon BN #PRNJohor
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin bersama calon Barisan Nasional N.49 Kota Iskandar, Pandak Ahmad beramah mesra bersama penduduk bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Universiti, Skudai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2022.
PM Lancar Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan gimik pelancaran sambil diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana Johor Bahru Mall, Johor. Foto AFFAAN FAUZI, 04 MAC 2022.
Calon PKR, Zamil Najwah Buat Aktiviti Zumba Berkempen #PRNJohor
Calon Parti Keadilan Rakyat N. 44 Larkin, Dr. Zamil Najwah melakukan aktiviti zumba bersama orang awam sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Merdeka, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.
Calon BN dan Calon Pejuang Solat Jumaat Bersama Pengundi Larkin #PRNJohor
Calon Barisan Nasional N.44 Larkin, Hairi Mad Shah (kiri) bersama calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) N.47 Kempas, Nornekman Osman beramah mesra bersama penduduk selepas menunaikan solat jumaat sebelum meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Masjid Ar Raudhah, Kampung Dato Onn, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.
Mah Hang Soon Bantu Kempen Calon Barisan Nasional #PRNJohor
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon bersama calon Barisan Nasional N.42 Johor Jaya, Chan San San beramah mesra bersama penduduk bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Plentong Baru, Masai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.
Ikrar dan Tandatangan Aku Janji Integriti Calon Perikatan Nasional #PRNJohor
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama timbalannya, Senator Dominic Lau (dua kanan) bergambar bersama calon-calon Perikatan Nasional yang bertanding pada Majlis Ikrar dan Tandatangan Aku Janji Integriti Calon Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Impianan Hotel Senai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2022.
Syed Saddiq dan Mat Sabu di Ceramah Calon MUDA, R. Sangaran...
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada Program Ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Suria, Simpang Renggam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2022.

















