Saturday, September 12, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Hasni Mohammad Akrab Dengan Orang Kampung #PRNJohor

Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad beramah mesra dengan sebahagian penduduk kampung pada Program Sembang Santai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Parit Kerimun, Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2022.

Calon PH, Marina Ibrahim Bantu Warga Emas Terima Rawatan #PRNJohor

Calon Pakatan Harapan N.48 Skudai, Marina Ibrahim membantu seorang warga emas yang hadir untuk menerima rawatan ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Persatuan Kebajikan Amal Lexin, Skudai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2022.

Ceramah Mega PH Terhenti, KKM Kompaun Penganjur Tak Patuh SOP #PRNJohor

Pegawai kesihatan mengeluarkan kompaun kepada penganjur diatas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada Ceramah Mega Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Mutiara Rini Skudai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2022.

Tok Mat, Hasni Mohammad Hadir Pelancaran Ikhtiar Barisan Nasional #PRNJohor

Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan (empat kiri) bersama Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad (tiga kanan) serta yang lain bergambar sambil menunjukkan Ikhtiar BN Johor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2022.

Seawal Pagi Calon PKR, Napsiah Khamis Keluar Jumpa Pengundi #PRNJohor

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.47 Kempas, Napsiah Khamis beramah mesra bersama penduduk bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kempas Permai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2022.

Jentera BN Bersemangat, Cipta KERETA KEBAL Pusing Keliling Kampung #PRNJohor

Azhar Ishak menghiasi keretanya dengan bendera Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Bongsu Sepadu, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2022.

Bung Moktar Bersiap Sedia Bersama Jentera BN #PRNJohor

Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memotong kek bersama jentera pada Majlis Makan Malam Mesra bersama jentera Barisan Nasional Sabah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Savannah Hills, Ulu Tiram, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2022.

Tok Mat Hasan Turun Padang Bantu Calon dan Jentera BN #PRNJohor

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama penyokong selepas perjumpaan bersama Jentera BN bagi membantu calon Barisan Nasional N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kg Bongsu Sepadu Jalan Peladang, Machap, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2022.

Calon BN, Chan San San Senaman Pagi Bersama Penduduk #PRNJohor

Calon Barisan Nasional N.42 Johor Jaya, Chan San San beramah mesra bersama penduduk selepas melakukan aktiviti senaman pagi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Laman Tasik Pandan, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2022.

Pertembungan Jentera BN dan MUDA Ketika ‘Flashmob’ #PRNJohor

Jentera Barisan Nasional dan Parti MUDA bersemuka semasa meraih undi di bahu jalan raya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2022.