Tuesday, August 25, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Suasana Pasar Sungai Besi Dalam Tempoh Fasa Dua PPN

Orang awam membeli ayam segar dalam tempoh pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2021.

Hishammuddin Lawat Program Vaksinasi Covid-19 ‘Back to School’

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin beramah mesra dengan sebahagian pelajar semasa mengadakan lawatan kerja ke Program Vaksinasi Covid-19 'Back To School' Peringkat Kementerian Pertahanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2021.

Takiyuddin Hassan Tinjau Lokasi Tanah Runtuh

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Hisamuddin Termidi (kiri) semasa meninjau lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga yang mendiami 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kemensah Height, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 19 SEPTEMBER 2021.

Keadaan Rumah Ranap Akibat Tanah Runtuh di Kemensah Heights

Keadaan tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga yang mendiami 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas di Jalan Kemensah Height, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2021.

Suasana Masjid Putra Jemaah Lengkap Vaksin Tunai Solat Jumaat

Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakan fizikal selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2021.

Empat Warga Bangladesh Culik Rakan Senegara Tangan Bergari ke Mahkamah

Empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan dibawa polis ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan atas kesalahan menculik rakan senegaranya dan meminta wang tebusan di Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2021.

Taman KLCC Jadi Lokasi Keluarga Beriadah #DailyLife

Orang ramai mula bersiar-siar dan meluangkan masa bersama keluarga di ibu kota selepas Lembah Klang beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2021

Penganut Hindu Hadir Upacara Keagamaan Dengan SOP Fasa Dua

Penganut Hindu semasa melakukan upacara keagamaan sempena sempena sambutan Vinayagar Chaturti pada hari pertama Lembah Klang beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Kortumalal Vinayagar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2021.

Polis, Tentera Buka SJR Penghubung Kuala Lumpur dan Selangor #FasaDua

Anggota polis mengemas peralatan pada malam terakhir sekatan jalan raya (SJR) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran gerbang Kota Darul Ehsan. Foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2021.

Percetakan Khas Setem ‘Barisan Hadapan’ Lawan Covid-19

Setem 'Barisan Hadapan' juga mempunyai teknik percetakan khas menggunakan dakwat merah yang tidak kelihatan menggambarkan virus Covid-19 semasa menggunakan lampu sinar UV ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2021.