Affan Fauzi
Zahid Hamidi Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada perbicaraan kes berhubung pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 SEPTEMBER 2021.
Nasib Penjaja Ketika Musim Hujan #DailyLife
Peniaga berteduh di bawah payung motosikalnya berikutan hujan lebat mula turun ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2021.
Sungai Congkak Jadi Tumpuan Beriadah Ketika Hujung Minggu
Orang awam bersama keluarga meluangkan masa hujung minggu dengan beriadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti berkelah semasa tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2021.
Suasana Pusat Beli Belah di Kuala Lumpur Mula Dikunjungi Pelanggan
Orang ramai meluangkan masa hujung minggu dengan mengunjungi salah satu tempat pusat beli-belah semasa tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 SEPTEMBER 2021.
Sidang Media Perkembangan Covid-19 oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 01 SEPTEMBER 2021.
Nota Serah Tugas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bersama bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada Majlis Penyerahan Nota Tugas Menteri KPPK di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 01 SEPTEMBER 2021.
Merdeka64 – Tugu Negara Jadi Tumpuan Warga Kota Kibar Jalur Gemilang
Sarjan Mohd Raduwan bersama anaknya, Muhammad Adam Rayqal yang berpakaian uniform Tentera Darat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 yang bertemakan "Malaysia Prihatin" di Tugu Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.
Proses Pembotolan Vaksin COVID-19
Proses pembotolan vaksin Covid-19 di Technology Park Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.
Lawatan Pertama Dr Adham Baba Sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba bersama timbalannya, Datuk Amzad Mohamed@Hashim melihat proses pembotolan vaksin di Technology Park Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.
Fasa 1 PPN – Ziarah Tanah Perkuburan
Ahli keluarga membersihkan kubur selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti ziarah kubur semasa bukan musim perayaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2021.

















