Thursday, April 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Operasi Motosikal PDRM di Jalan Bangsar #OpSamsengJalanan #SJR

Anggota polis menahan seorang penunggang motosikal yang disyaki memiliki air ketum semasa mengadakan sekatan jalan raya pada Ops Motosikal di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 OGOS 2021.

Makan Santai Lamb BBQ Atas Air #DailyLife

Gelagat kanak-kanak semasa bermandi-manda ketika beriadah dan dine-in bersama ahli keluarga di dalam sungai pada hujung minggu selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi bermula 21 Ogos lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Restoran Lamb BBQ Kampung Kemensah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 OGOS 2021.

Suasana Pengebumian Allahyarham Tun Ahmad Sarji

Isteri, Toh Puan Sagiyah Salikin menyiram air dipusara suaminya yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 pada 31 Julai lalu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 2, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 OGOS 2021.

Anwar, Guan Eng Selesai Pertemuan Bersama PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas mengadakan pertemua dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2021.

Najib Razak ‘Flag Off’ Bantuan Mangsa Banjir ke Merbok dan Yan

Bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Abd Razak menunjukkan barangan bantuan yang akan diterima oleh penduduk yang terkesan akibat bajir kilat di Yan Kedah semasa program Ôflag offÕ di Langage Duta, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2021.

Fasa 1 PPN – Kedai Bundle ‘Meriah’

Seorang lelaki memilih seluar terpakai atau dikenali sebagai barangan 'bundle' semasa pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi bermula 21 Ogos lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.

NGO Serah Memorandum Selamatkan Negara Kepada YDPA

Pengarah Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Abu Hafiz (kanan) bersama Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi menunjukkan memorandum memohon sokongan untuk gerakan Gerakan 'Reset Malaysia' dan Selamatkan Negara untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.

Kelonggaran SOP – Kaki Pancing Lepas ‘Geram’

Hasil udang yang dipancing semasa pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi bermula 21 Ogos lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Kemensah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2021.

Bakal Perdana Menteri Ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai ke arah pengamal media semasa meninggalkan kediamannya di Tropicana Golf Country Club, Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 OGOS 2021.

‘Memorial Mangsa Covid19’ di Dataran Merdeka Kecoh, Polis Angkut Peserta Naik...

Individu dibawa oleh anggota polis bagi tujuan siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menyertai memorial memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid 19 anjuran Sekretariat Suara Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2021.