Affan Fauzi
Mesyuarat Muafakat Nasional Sebulat Suara Sokong Calon PM Baharu
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua kiri), Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (kanan) dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (kiri) selepas menghadiri Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2021.
Majlis Tertinggi BN Selesai Bermesyuarat Pilih Calon PM ke 9
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.
NGO Kesatuan Melayu Islam Beraja Serah Memorandum Kepada YDPA
Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB) yang hadir untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pertelingkahan parti politik perlu dihentikan di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.
Kedai Emas Little India ‘Diserbu’ Individu Lengkap Vaksin
Pelanggan mengunjungi sebuah kedai barang kemas pada hari pertama beroperasi dalam pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 OGOS 2021.
PM Mempengerusi Mesyuarat Khas Ahli Parlimen PN
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semasa hadir pada mesyuarat khas ahli parlimen Perikatan Nasional yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Publika, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2021.
Kehidupan Gelandangan di Pasar Seni #DailyLife
Gelandangan merehatkan diri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan orang ramai diminta kekal di rumah jika tiada urusan penting namun golongan ini yang tiada tempat tinggal masih bergerak bebas di luar menjadikan kawasan persekitaran seperti pusat gelandangan dengan berisiko menjangkiti virus Covid-19 di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2021.
Penduduk Kampung Baru Semarak Semangat Kemerdekaan ke 64
Rifa'i Jalinus, 70, di temani dua cucunya mengibar bendera Jalur Gemilang selepas memasangan bendera tersebut di pekarangan rumah pusaka milik keluarganya bagi memeriahkan suasana menjelang Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZ, 13 OGOS 2021.
Najib Razak Hadir Bicara Kes Pindaan Laporan Akhir Audit 1MDB di...
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar dari mahkamah selepas perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2021
Penghormatan Terakhir di Tanah Perkuburan Covid-19
Ahli keluarga yang hadir untuk penghormatan terakhir pengebumian jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan negara hari ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 360 kes kematian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.
Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ di PPV KLCC
Orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksinasi secara "walk-in" ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.

















