Affan Fauzi
Suasana Keluar Masuk Kenderaan di Kediaman PM
Kenderaan yang membawa Peguam Negara memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 JULAI 2021.
Reaksi Peniaga Selepas Pasar Datuk Keramat Ditutup #Covid19
Peniaga pasar mengangkat meja susulan Pasar Datuk Keramat yang ditutup sepenuhnya selama 14 hari bermula 8 Julai hingga 21 Julai bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JULAI 2021.
Operasi Sanitasi Waktu Malam di Seksyen 1 Wangsa Maju #Covid19
Petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi pada Operasi Sanitasi Awam C19 bagi mengekang penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di kawasan perumahan Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2021.
Tiada Punca Pendapatan, Isteri Kibar Bendera Putih di Hadapan Rumah
Penduduk, Masturawati Malek mengelap air peluh suaminya yang bekas pesakit strok, Muhamad Abdul Aziz di hadapan rumahnya yang digantung bendera putih bagi membolehkan orang awam tampil menyalurkan bantuan susulan berdepan dengan kesusahan kesan pandemik Covid-19 di Petaling Perdana, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2021.
Pemandangan Waktu Senja di Puchong #DailyLife
Pemandangan matahari terbenam yang menghiasi ruang udara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Puchong. Foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2021.
Penghuni di PKPD Mentari Court Terima Suntikan Vaksin #Covid19
Sebahagian penduduk yang menerima suntikan vaksin berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mentari Court, PJS 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 05 JULAI 2021.
Petugas Kesihatan Bawa Keluar Pesakit Covid-19 Dari Kawasan PKPD
Petugas kesihatan membawa keluar pesakit Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.
Aksi Murid Berlatih Taekwondo di Rumah Ketika PKPD
Aksi pelajar, Putri Damia Balqis dan adiknya, Putra Al Mahdi Shah mengikuti kelas taekwondo secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya di Cheras Hartamas, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.
Penghuni Buntu Kawasan Rumah Dikelilingi Kawat Duri #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatakan sesuatu kepada seorang penduduk semasa mengawal perkarangan lobi lif susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.
Tentera, PDRM Kawal Laluan Keluar Masuk di Taman Koperasi Polis #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota PDRM melakukan rondaan kawasan jalan keluar dan masuk perumahan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.

















