Tuesday, August 25, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Rina Harun Serah Bakul Prihatin Kepada Penduduk Kampung Bukit Bangkong

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun beramah mesra dengan penduduk kampung, Mat Sani Parman ketika lawatan di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2021.

Ismail Sabri Tinjau Proses Vaksinasi di PPV WTCKL

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penerima vaksin semasa mengadakan lawatan bagi memantau pelaksanaan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin WTCKL, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2021.

Kawasan Taman Bukit Angkasa Dikenakan PKPD

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri bagi mengawal laluan keluar masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 1 Julai hingga 14 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2021.

Fasa 1 Sekatan Pergerakan – Nasib Gelandangan

Gelandangan duduk berehat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Kewangan Khas Covid-19 untuk golongan miskin tegar, B40 dan M40 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 yang akan disalur pada Oktober ini kepada para pekerja yang hilang pendapatan susulan pelaksaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2021.

Gelagat Pembeli, Peniaga Kedai Makan Selepas Operasi Dilanjutkan

Orang ramai membeli makanan di premis makanan sekitar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam pada hari pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2021.

Aktiviti Pertanian Dalam Tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara

Pekerja melakukan kerja-kerja memotong padi angin untuk diasingkan sebelum padi dituai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Besar, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2021.

KJ Tinjau Pusat Pemberian Vaksin Tanjong Karang #PICK

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersama Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar melihat proses pemberian vaksin semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2021.

Penghuni Kampung Segambut Dalam Terpaku Dikenakan PKPD

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri bagi mengawal laluan keluar masuk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JUN 2021.

Mazlan Lazim Diangkat Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara Yang Baharu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) menyarungkan pangkat Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim yang berkuat kuasa 25 Jun pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 JUN 2021.

Saravanan Tinjau Pematuhan SOP di Kilang Gardenia Bakeries

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan melihat kakitangan pekerja melakukan proses pembuatan roti semasa melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Akta 342 dan Akta 514 di Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd, Puchong Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 25 JUN 2021.