Affan Fauzi
Sekatan Jalan Raya ‘Ops Covid-19’ di Ibu Kota #PKP
Anggota polis memeriksa kotak yang dibawa penunggang motosikal semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2021.
Petugas KKM Iring Anggota Pasukan Batalion Malaysia Tiba Dari Luar Negara
Sebahagian anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditempatkan disebuah hotel bagi menjalani kuarantin selepas selesai bertugas di luar negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2021.
Pengguna Dobi Layan Diri Patuhi SOP MKN
Orang awam menggunakan perkhidmatan dobi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas kerajaan membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2021.
Taman Botani Perdana Jadi Tumpuan Beriadah #PKP
Seorang lelaki melakukan senaman semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas kerajaan membenarkan taman rekreasi beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2021.
Gelagat Masyarakat India pada Persiapan Akhir Sambutan Ponggal
Sebahagian penganut Hindu yang meraikan Hari Ponggal melakukan persiapan terakhir di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 JANUARI 2021.
Suasana Persiapan Awal Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Gombak #PKP
Anggota polis melakukan persiapan sebelum mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2.0 dilaksanakan di Plaza Tol Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2021.
MAFI Lancar Kalam Anti Rasuah 2021-2025
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga kiri) melakukan gimik pelancaran Kalam Anti Rasuah MAFI (KARMA 2021-2025) pada Majlis Amanat Menteri Tahun 2021 di Kementerian Pertanian dan industri Makanan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2021.
Pasar Pagi Sesak, Orang Ramai Mula Membeli Barangan Keperluan
Ikan segar menjadi pilihan orang ramai membeli barangan keperluan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 JANUARI 2021.
Pelajar Arkitek Berkarya Dalam Seni Sulaman #PKPB
Sufia Pauzi tekun melakukan kerja-kerja menyiapkan seni sulaman yang ditempah oleh pelanggannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2021.

















