Affan Fauzi
‘Flag Off’ Pelepasan Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir ke Maran
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib menyempurnakan gimik Òflag offÓ pada Program Pelepasan Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir ke Maran Pahang di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JANUARI 2021.
Keringat Petugas Kesihatan Mengendali Jenazah Pesakit Covid-19 ke Liang Lahad
Petugas Kesihatan bersama waris ahli keluarga mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2021.
Norma Baharu Persiapan Sambutan Tahun Baru Cina #CNY
Peniaga memasang tanglung bagi menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dalam suasana norma baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 JANUARI 2021.
PKP 2.0 – Bersenam di Halaman Rumah
Atlet Ragbi Negara, Amirul Aiman Ihsan Abas mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti senaman di halaman rumahnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Lembah Keramat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 JANUARI 2021.
Hitam Putih ‘Kehidupan’ Warga Kota
Seorang warga emas berehat seketika di lorong yang sunyi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2021.
Kuala Lumpur 2021 #PKP
Gelandangan menunaikan solat fardhu Maghrib ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 JANUARI 2021.
Nenek Saudara Pijak Cucu OKU Hingga Maut Dituduh Bunuh di Mahkamah
Wanita warga Indonesia berusia 55 tahun diiring angota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk dakwaan atas memijak dan menendang cucu saudaranya hingga maut dalam kejadian 30 Disember lalu di Kampung Sungai Chin Chin. Foto AFFAN FAUZI, 21 JANUARI 2021.
PKP 2.0 – Saringan Covid19
Orang awam melakukan ujian saringan Covid-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Dewan Serbaguna Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2021.
Jamal Md Yunos Didakwa Akta Komunikasi dan Multimedia
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke mahkamah atas dua pertuduhan memuat naik komen jelik dalam laman Facebook tahun lalu di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2021.

















