Affan Fauzi
Wan Junaidi Saksikan MOU Sukuk Wakalah Bank Rakyat
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohammad Mentek (dua kanan), Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Tuan Haji Abd Rani Lebai Jaafar (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed (kanan) serta wakil-wakil syarikat bank pelaburan bergambar bersama replika cek pada Majlis Menandatangani Perjanjian Program Sukuk Wakalah Bank Rakyat Dengan Nilai Nominal RM10 Bilion di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2020
Daily Life – Kuala Lumpur ‘Sunyi’
Kelihatan seorang lelaki warga emas termenung sambil berehat di pintu rumahnya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2020
Nancy Syukri Hadir Malam Puisi Perdana Bersama Kerabat MPM
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri beramah mesra dengan para hadirin yang hadir pada Malam Puisi Perdana Hari Malaysia Bersama Kerabat MPM 2020 di Wisma MPM, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 SEPTEMBER 2020
Mas Ermieyati Hadir Program Dialog Usahawan Wanita 2020
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendengar soalan dari salah seorang usahawan wanita pada Program Dialog Usahawan Wanita 2020 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Seri Wan Junaidi Lancar Aplikasi MyNEPT
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohammad Mentek (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin (kanan) mencuba alikasi MyNEPT pada Majlis Pelancaran Sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 SEPTEMBER 2020
Annuar Musa Hadir Program Pengindahan Taman Awam Bukit Kiara
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa menanam pokok pada Program Pengindahan Taman Awam Bukit Kiara di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2020
Ibu Kota Ditenggelami Air
Seorang lelaki mengangkat motosikal yang ditenggelami air akibat hujan lebat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2020
Zuraida, Saifuddin Serah Surat Tawaran PPR Kepada Komuniti Seni Prihatin Finas
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Komuniti Seni Prihatan Finas di Dewan PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2020
Jamal Yunos Bawa Tuala, Gayung Mandi di Hadapan SUK Selangor
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membawa tuala, berus gigi dan gayung mandi semasa hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor yang gagal menangani gangguan bekalan air di luar pagar hadapan bangunan SUK Selangor, Shah Alam. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2020.
Lim Guan Eng ke Mahkamah Kuala Lumpur
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi sebutan kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2020

















