Affan Fauzi
Ismail Sabri Walkabout Bersama Calon BN #PRKSlim
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz mengecat mural disebuah dinding semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 16 OGOS 2020.
Najib Razak Bantu Kempen Calon BN #PRKSlim
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan penduduk kawasan berhampiran semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di sekitar kawasan Pusat Bandar Besout 1, Sungkai, Perak. foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2020.
Dewan Sri Tanjung Disanitasi #PRKSlim
Petugas kebersihan melakukan kerja-kerja disinfeksi di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N. 58 Slim menjelang hari penamaan calon pada esok hari di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2020.
Persiapan Pusat Penamaan Calon PRK Slim #PRKSlim
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan persiapan terakhir Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N. 58 Slim menjelang hari penamaan calon pada esok hari di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2020.
Majlis Paluan Berundur Persaraan Datuk Mazlan Mansor
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor diarak menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 OGOS 2020
Tun M Perkenal Calon PRK DUN Slim
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan watikah pelantikan sebagai calon bebas kepada Peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Slim Permata, Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2020
BN Umum Calon PRK DUN Slim
Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Saarani Mohamad bergambar dengan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaini Aziz yang telan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Dewan Rajawali Geda Residence Trolak, Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2020
Noh Omar Lawatan Kerja ke Premis Perniagaan Milik PUNB
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Noh Omar meluangkan masa melihat dalam syarikat Learning Oasis Centre semasa mengadakan lawatan kerja ke premis perniagaan milik PUNB di Pusat Industri Seri Rampai, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 OGOS 2020
Pelancaran Album dan Tabung Jim Madasamy
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri (dua kiri) bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (dua kanan) menyempurnakan gimik pelancaran serta diiring Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez (kiri) pada Majlis Pelancaran Album dan Tabung Jim Madasamy di Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (ASWARA), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 OGOS 2020
Daily Life – Jalur Gemilang
Penolong Kurator Muzium Negara, Nor Wahida Hasan (kanan) bersama Penolong Pereka Muzium Negara, Nur Amanina Aimi Sakir Maskor memperkemaskan bendera Jalur Gemilang pada sebahagian barangan berkaitan sejarah kemerdekaan yang dipamerkan sempena bulan kemerdekaan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muzium Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2020

















