Affan Fauzi
Walkabout Calon Bebas, Datuk Zainul Hisham – PRK Dun Chini
Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin beramah mesra dengan peniaga pasar semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Pasar Tani Kekal Bandar Dara, Chini, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 21 JUN 2020
Walkabout Calon BN, Mohd Sharim Md Zain – PRK Dun Chini
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menunjukkan kebolehan memasak mee goreng semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Pasar Tani Kekal Bandar Dara, Chini, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 21 JUN 2020
Pengerusi SPR Tinjau Persiapan Pusat Penamaan Calon PRK N.23 Chini
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun semasa mengadakan lawatan ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 19 JUN 2020
Pusat Bowling Wangsa Bowl Patuh SOP MKN
Kelihatan notis peringatan pada kerusi sebagai langkah memperingati pengunjung mengamalkan penjarakan sosial semasa berkunjung ke pusat boling yang telah mula beroperasi mulai 15 Jun lalu iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Beli Belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2020
Gelagat Siti Kassim di SKMM, Cyberjaya
Peguam, Siti Kassim berjalan keluar selepas memberi keterangan berhubung kenyataannya berkenaan pusat tahfiz yang dimuatnaik di Facebook telah diputarbelit oleh pelbagai pihak di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2020
KFC Patuh SOP Penjarakan Sosial PKPP
Pelanggan dilihat mula makan di restoran KFC ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restoran tersebut di seluruh negara pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JUN 2020
JPJ Umum Nilai Bidaan Nombor Pendaftaran “SYG 1” RM115,000
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid (tengah) serta yang lain menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan dengan nilai harga yang tertera pada sidang media mengenai perkembangan terkini penguatkuasaan JPJ dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2020
Menteri Perpaduan Negara Serah Kit Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS)
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) bersama timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker (dua kiri) serta yang lain melihat barangan yang akan diserahkan kepada penerima Kit Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk Rondaan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Blok F9, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2020
Tajuddin Rahman Mencuba Pas Perjalanan Tanpa Had MY30
Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyentuh kad perjalanan menggunakan kad pergenalan semasa melakukan tinjauan hari pertama pelaksanaan Pas Perjalanan Tanpa Had MY30 di LRT KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JUN 2020
Pesediaan Awal Pusat Kecergasan ‘Enrich Fitness’ Mengikut SOP #PKPP
Pekerja Enrich Fitness, Alya Fatihah membersihkan alat senaman dengan cecair penyahkuman sebagai persediaan untuk kembali beroperasi dan menerima pengunjung bermula 15 Jun ini iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2020

















