Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Kenderaan Sesak di Lebuh Raya Karak Menghala ke Pantai Timur

Pemandangan udara menunjukkan kenderaan-kenderaan mula memenuhi di sepanjang lebuh raya Karak menghala ke Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Aidilfitri selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Genting Sempah, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2020

Tengku Zafrul Tinjau KWSP Jalan Raja Laut

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencuba menggunakan Mesin Kiosk KWSP semasa mengadakan lawatan kerja ke KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2020

Suasana Hari Pertama Solat Jumaat Dalam Tempoh PKPP

Para jemaah menunaikan solat jumaat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan penjarakan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan wabak Covid - 19 di Masjid Jamek Al- Amaniah Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2020

Dr. Zulkifli Mohammad, KJ Saksi Demonstrasi Inovasi Sembelih Lembu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta yang lain menyaksikan Demonstrasi Inovasi Penyembelihan Lembu menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih di Biotechnology Incubation Centre, Taman Teknologi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2020

PKPP – Persiapan Awal Pembukaan Semula Wangsa Bowl

Kakitangan Wangsa Bowl melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan pusat bola boling sebagai persediaan untuk kembali beroperasi dan menerima pengunjung bermula 15 Jun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Beli Belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 JUN 2020

I Am Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas hadir ke Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 JUN 2020

Salun Kecantikan dan Gunting Rambut Siap Sedia Untuk Beroperasi #PKPP

Pekerja Daily Specials Barber Shop, Harwinder Singh melakukan kerja-kerja pembersihan sebagai persiapan awal sebelum bermulanya beroperasi pada Rabu ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Rampai, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 JUN 2020

Norma Baharu Salun Rambut Dan Kecantikan #PKPP

Pekerja Hairkunst Hijabis, Retno Hasrudin memberikan cecair pembasmi kuman kepada salah seorang pelanggan ketika membersihkan kawasan salon yang akan bermulanya beroperasi pada Rabu ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Melawati Mall, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2020

Reaksi Ceria Rakyat Malaysia Usai PKPP Diumumkan

Penduduk, Malik Mizan, 61 ditemani isterinya, Halijah Abd Aziz, 59 serta ahli keluarganya yang lain mengikuti Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ukay Bistari, Selangor foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2020

Reaksi Orang Ramai Selepas Pengumuman PM #PENJANA

Orang awam beratur menaiki bas Rapid KL ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2020